Tuesday, July 10, 2012
AKHIRAT ITU PASTI MATI ITU MESTI
Tuesday, June 7, 2011
"TAK SANGKA"
tunduk syukurku padaMU masih ada helaan nafas yang KAU kurniakan buat kami
walaupun kami selalu saja cuai dan lalai mengigatMU ya ALLAH
ampuni kami wahai ALLAH
terlalu lama blog ini ku biarkan lusuh dan bersawang
hampir saja terkubur bersama rantaian kesibukan duniawiku
namun tak ku sangka tika diriku bermusafir di alam maya mencari jiwa hamba yang makin hilang
ku kembali membuka lembaran2 sejarah blog yang sudah berhabuk ini..
ALHAMDULILLAH bagaikan terkejut aku dari pesona yang panjang
bahawa telah jauh ku melangkah meninggalkan dunia hamba yang hina ini
betapa aku merinduinya...
amanah sebagai pelajar, daie , anak, kakak , adik dan sahabat serta yang lain2nya
menyebabkan amanah teragung dan terindah sebagai hamba ALLAH semakin ku cuaikan
hingga hilangnya indah hidup sebagai pengabdi..
tika kembali membuka lembaran2 lusuh blog ini ku bagaikan terkesima dan terkedu melihat
hasil nukilan ku...bagai ianya bukan dari taipanku
namun, tika diri mula merenung dan menjengah ke dalam hati..
aku menyedari segala yang ada pada ku kini
tak pernah aku fikirkan dahulu akan menjadi kenyataan
selepas satu nikmat, bertambah2 nikmat yang ALLAH anugerahkan kepada kitaa
ketika kecil pernahkah kita terfikir kita akan mampu berjalan, berlari dan melangkah sejauh ini
tak pernah terlintas di benak kita
namun, tika ALLAH memberikan kemampuan dan nikmatNYA itu kita seakan2 lupa dari mana asalnya kita
bukan kata berjalan mengangkat kepala pun kita tak mampu
namun ALLAH tak pernah putus mendidik kita dengan nikmatNYA dengan penuh kesantunan dan kasih sayang hinggakan kita terpesona dengan nikmatNYA
sampaikan kita merasakan kemampuan kita berjalan, berlari dan akhirnya ke menara gading adalah hasil usaha gigih kita..
beristhigfar lah...
semua nya datang dariNYA..
tika ALLAH ingin menggambilnya
itu adalah milikNYA
seringkali bila ALLAH datang mengambil segala milikNYA
kita sangat kecewa dengan ALLAH kerana mengambil hak kita
lupakah kita bahawa segala yang kita miliki adalah milikNYA
termasuk diri kita adalah milikNYA
kadang2 tika kita telah jauh melangkah ke mercu kejayaan
tiba2 ada satu rasa yang tersembunyi yang wujud paling dalam dalam lubuk hati kita
apakah rasa itu?
rasa ya ALLAH aku tak sangka aku sudah berjaya dan telah pergi sejauh ini
tak sangka aku mampu melakukannya.
kemudian kita terkenangkan zaman2 kesusahan kita sebelum berjaya nya kita
tahukan kita apakah erti rasa itu?
sedarkah rasa itu adalah anugerah terindah dari ALLAH
tika rasa itu bertamu ...
sedarkan kita bahawa jiwa hambamu sedang berbisik kepadamu
jika hamba yang kerdil dan hina
lemah lagi fakir yang sedar akan ketidakmampuanmu sebagai hamba
yang tiada upaya untuk melangkah sejauh dan segemilang itu.
kekuatan dan kemampuan itu semuanya dari ALLAH
kita tak mampu melakukan nya walaupun mengangkat sezarah atom di bumi ini
tapi ALLAH menganugerahkan kita pelbagai kekuatan , kemampuan dan daya
sehingga kita berjaya...
tapi kita merasakan ianya datang dari kita
sedarlah wahai diri tika rasa "tak sangka"' itu datang
sebenarnya ia adalah bisikan jiwa hamba yang menyedarkan mu
tentang nikmatNYA sepanjang perjalananmu menuju kejayaaanmu
bisikan ALLAH kepada mu
"NIKMAT TUHAN YANG MANAKAH LAGI YANG ENGKAU DUSTAKAN WAHAI HAMBAKU"'
DARI LEMAH KEPADA KUAT
DARI HINA KEPADA MULIA
DARI BODOH KEPADA PANDAI
DARI JAHAT KEPADA BAIK
Tidakkah kamu perhatikan sesungguhnya Allah telah menundukkan untuk (kepentingan)mu apa yang di langit dan apa yang di bumi dan menyempurnakan untukmu nikmat-Nya lahir dan batin. Dan di antara manusia ada yang membantah tentang (keesaan) Allah tanpa ilmu pengetahuan atau petunjuk dan tanpa Kitab yang memberi penerangan.
(SURAH Luqman:20)
(SURAH Luqman:20)
SURAH adh-dhuha ayat 3-8Tuhanmu tiada meninggalkan kamu dan tiada (pula) benci kepadamu
Dan sesungguhnya hari kemudian itu lebih baik bagimu daripada yang sekarang (permulaan)
Dan kelak Tuhanmu pasti memberikan karunia-Nya kepadamu , lalu (hati) kamu menjadi puas.
Bukankah Dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu Dia melindungimu
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang bingung, lalu Dia memberikan petunjuk
Dan Dia mendapatimu sebagai seorang yang kekurangan, lalu Dia memberikan kecukupan.
terhadap segala suruhanNYA...
(surah yassin:77)
ayuhlah kata sama2 bermuhasabah
berapa kali rasa 'TAK SANGKA'' yang ALLAH anugerahkan kepada kita
kita kembalikan kepada ALLAH dan menambah kesyukuran kita
atau menambah takjub kepada kehebatan diri sendiri..
kami mohon padaMU ya ALLAH
mantapaknlah nilai hamba dalam diriku
buka kanlah hijab nilai hamba dalam diriku
agar aku mampu mersai kehinaan dan kekerdilan diriku
sehingga aku mampu membesarkankan MU sesuai dengan KEBESARAN DAN KEAGUNGANMU
hanya dengan nilai kehambaan ini menjadikan aku sentiasa merasakan cintaMU
wahai ALLAH..
Aku tak mampu membenihkan rasa ini dalam diriku melain engaku yang mengurniakannya
maka kurniakanlah
wahai ALLAH..
Sunday, December 5, 2010
bisikan jiwa hamba
Dengan penuh helaan kehinaan aku menyamapaikan rasa hati ini
Aku rasa jauh denganMU kerana dosa2 yang sering kulakukan
Namun taubatku masih tiada tangisan dan penyesalan
Aku tak mengerti apa lagi yg harus ku lakukan utk merapatiMU
Aku merindui saat keakraban yg membahgia aku dan KAU
Kini solatku semakin lalai entah kemana
Sakitnya hanya ENGKAU yang tau
DoakU dan pengharApan semakin kurang padaMU
namun keperluan duniaku seakan mengunung
Aku letih dangan dunia
Aku merinduiMU
Mujahadah mencabar kehambaanku padaMU
Bagaimana lagi harus ku lakukan agar cintaKU kembali berpaut padaMU
Ku tak tahu berapa banyak dosa dan kelalain yang telah aku lakukan hinggakan jiwa ini meronta2 utk diberikan pengampunan dariMU
kerana aku dah tak mampu lagi berjauhan denganMU walau sedetik
Kucuba semampuku sebagai hamba meleraikan segala yang sia2 dan menjauhkan aku denganMU
namun, aku semakin xmampu bertahan
Doaku
BANTULAH KAMI HAMBA2MU YNG LEMAH , HINA DAN FAKIR INI DALAM MENUJU MU….Perkenankan ya ALLAH..
JADIKAN KAMI KHALIFAH YANG BERWAWASAN MENEGAKKAN AGAMAMU DI SIANG HARI
NAMUN HAMBA YANG PAILNG HINA DIHADAPANMU DIMALAM HARI NYA
AGAR AKU MAMPU BERTEMU DENGANMU KELAK.
Andai ENGKAU tak memperkenankannya…siapa lagi
Melainkan KAU YANG MAHA MEMPERKENANKAN DOA HAMBA2NYA
Thursday, July 8, 2010
setulus cinta ALLAH
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA PENYAYANGALHAMDULILLAH dengan sedikit waktu yang terluang dapat ku mencoretkan sesuatu meluahkan rasa rindu dan cinta pada sang kekasih..
rasanya lame sudah blog ini ku biarkan sepi..
kesibukan duniawi benar2 merantai masaku utuk berkhalwat , berkongsi, bermusahabah dengan YANG ESA.
mencari waktu yang tersisa hanya menyebabkan hati ku kecewa kerna rindu berkhalwat bersamaNYA
hatiku sudah di miliki ALLAH..
namun aku masih gagal menyerahkan segalanya hanya untuk NYA..
sejenak berfikir...
satu kata yang dapat kukongsi bersama..
MANUSIA MENCINTAIMU KERANA DIA TIDAK TAHU AKAN KELEMAHAN DAN KEAIBANMU
kerna ALLAH menjaga AIBMU dari diketahui umum..
TP ALLAH MENCINTAIMU YANG PENUH HINA DINA WALAUPUN DIA MENGETAHUI JUTAAAN KEAIBANMU...
SUBHANALLAH betapa tulusnya dan sucinya CINTA ALLAH pd setiap hambaNYA
moga kite juga dapat mencintai ALLAH setulus cinta RASULULLAH s.a.w kpd ALLAH...ameen
Thursday, May 6, 2010
Monday, April 5, 2010
apakan daya
Ingin ku lakar sejarah
Membawa semua makluk-NYA menuju YANG ESA
Namun apakan daya…
Aku sendiri masih menangih …
merayu…
dan mengharap…
Pada YANG ESA untuk membimbingku menuju-NYA
Andai mampu ku bawa umat
Bersama menyusuri perjalanan ke syurga
Menemui CINTA AGUNG dan HAKIKI
Akan ku tarik dan ku paut tangan kalian bersama…
Tak mahu dilepaskan lagi
Namun apakan dayaku…
Aku sendiri masih terkapai-kapai
Terbuai-buai…
menangih secebis CINTA ALLAH
Yang sering ku rindui
Menyedari hakikat hamba yang lemah dan hina
Ku pasakkan tekad dan azam
terus merayu dan mengharap pada PEMILIK CINTA
agar di kurniakan rasa cinta
ditanamkan benih kerinduan hanya pada
PEMILIK CINTA HAKIKI
PEMILIK CINTA YANG ABADI
PEMILIK CINTA INI
Siapa lagi yang layak melainkan engkau..
YA ALLAH
Monday, January 11, 2010
amalan riak
Dgn lafaz pnuh kesyukuran diatas limpahNYA masih ada sinar yg menerangi hati yg kian lame malap dgn kegelapan hati yg merobek hati yg rapuh ini,
benarla seperti yg RASULULLAH saw sabda,
hati insan ibarat 2jari yg begitu mudah ntok dibolak blikkan oleh ALLAH.
sbb itulah kte diajarkn oleh RASULULLAH S.A.W membaca doa
ya ALLAH yg maha membolak-balikkn hati, tetapkanlah hati2 kami dalam agamaMU dan ketaatan hanya padaMU YA ALLAH.
setiap amalan yg kte lakukan adalah anugerah terindah yg ALLAH kurniakan
ingatlah...
ALLAH berfirman dalam surah alSaaffaat:96
" Padahal ALLAH yang menciptakan kamu dan benda2 yang kamu buat itu!"
tp berapa ramai di antara kte yg berasa megah dan selesa dgn amalan2 yg dia perbuat?
Yakin sungguh amalannya diterima ya…
muhasabahlah dan lihatlah setiap amalan kte bukanlah dtg dari kite sebliknya anugerah ALLAH yg sering kte khianati
amalan sepatutnya menjadikan kita hamba yang bersyukur dan lebih sedar akan kehinaan,kelemahan serta keperluan kte kepada ALLAH,
yg Maha Pengurnia amalan.
mana silapnya sehingga kte merasa kte adalah pengabdi yang hebat.?
adakah layak si pengabdi merasa hebat?
lupakah dia bahawa dia hanya lah abdi
yang xpernah putus mengharapkan ehsan dan belas dari
TUHAN(TUAN) nya ntuk hidup.
mengharapkan oksigen NYA dan pelbagai lg nikmat dariNYA.
seringkali manusia e2 tertipu dgn amal nya.
dia menyangka amalnya dtg dari usahanya.
sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan begitu
Dialah layak menilai amalan hasil kurniaanNYA
TANGISILAH setiap amalan kita agar kite sentiasa rasa ingin memperbaiki dan memperkukuhkan amalan kite
Lantaran takut amalan kite menjadi penghalang terbesar antara kita dan ALLAH dek kerana riak yang bertamu di hati tanpa kita sedari kehadirannya
Mudahan-mudahan setiap amalan kite ada tempat dan pandangan di sisi ALLAH
Moga-moga amalan kite dapat mengakrabkan dan menyemarakkan api cinta kita pada yang ESA
akhiran kata2 yang saya petik dari hikam Sheikh Ibnu A'Toillah Alsakandari
Janganlah ketaatan kamu menggembirakan kamu keran merasa ia datang daripada perbuatan kamu. Tetapi bergembiralah kerana ia adalah kurniaaan dan taufiq dari ALLAH kepada kamu
