RSS

Sunday, September 27, 2009

cermin ramadhan..syawal???

Ramadhan telah kembali ke sarang

Kini syawal melebarkan sayap

Marilah kita sama2 bemuhasabah

Melihat mana yang kurang, menambah apa yang ada

dan membina sesuatu yang baru

Dalam pengabdian kite pada sang KHALIQ yang di cintai

Adakah ramadhan dan puasa benar2 Menjadikan kite hambaNYA yang bertaqwa?

" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."

Surah Al Baqarah, ayat 183

Mari kita lihat hasilnya dan bermuhasabah dengan puasa ramadhan yang kita jalani

Adakah rancangan raya yang penuh kelalaian menjadi hidangan?

Ataupun juadah raya menjadi santapan mengikut hawa nafsu?

Mahupun aurat yang tersingkap penjagaannya

Atau mata yang meliar melihat kemaksiatan?

Apakah hasil puasa kite?

Mari check hasilnya…..

Allah SWT telah menggambarkan di dalam al-Quran tentang beberapa ciri orang yang bertaqwa. Di antaranya firmanNya

Maksudnya;

“Iaitu mereka yang beriman kepada perkara-perkara yang ghaib, yang mendirikan solat dan menafkahkan sebahagian rezeki yang Kami anugerahkan kepada mereka dan mereka yang beriman dengan Kitab al-Quran yang telah diturunkan kepadamu dan Kitab-kitab yang telah diturunkan sebelummu, serta mereka meyakini akan adanya (kehidupan) akhirat, Mereka itulah yang mendapat petunjuk dari Tuhan mereka dan merekalah orang-orang yang beroleh kejayaan.” (al-Baqarah : ayat 2-5)

Firman Allah lagi;

Maksudnya;

Bukanlah dianggap kebajikan itu hanya sekadar menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat, akan tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari kemudian, malaikat-malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberikan harta yang dicintai kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir yang memerlukan pertolongan, dan orang-orang yang meminta-minta dan memerdekan hamba sahaya, mendirikan solat dan menunaikan zakat, dan orang-orang yang menepati janji apabila dia berjanji dan orang-orang yang sabar dalam menghadapi kesempitan, penderitaan dan di dalam peperangan. Mereka itulah orang-orang yang benar keimanan mereka dan mereka itulah orang-orang yang bertaqwa
.”

(al-Baqarah : ayat 177)

Berdasarkan ayat-ayat di atas, dapatlah kita fahami bahawa di antara sifat-sifat orang yang bertaqwa yang ada hubungkaitnya dengan keimanan dan amal ibadah adalah seperti berikut;

  1. Beriman dengan perkara-perkara ghaib, iaitu percaya kepada perkara-perkara yang telah diberitahu oleh Allah melalui lidah rasulNya SAW, di mana perkara-perkara tersebut tidak mampu difikirkan oleh akal dan pancaindera manusia, seperti zat Allah Azza wa Jalla, Alam Akhirat, Malaikat, Syurga, Neraka, Alam kubur, Alam Mahsyar, Titian Sirat, Jin-jin, Siksaan Kubur, Arasy Allah dan lain-lain lagi.
  2. Mendirikan solat dalam ertikata yang sebenar, dengan memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat sahnya, termasuk mendirikannya dengan penuh kekhusukan.

  1. Menafkahkan sebahagian rezeki yang Allah telah anugerahkan dalam bentuk zakat wajib atau zakat sunat (sedekah) kepada kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, musafir ( yang memerlukan pertolongan) dan orang-orang yang meminta-minta dan untuk memerdekakan hamba-hamba sahaya.

  1. Beriman kepada kitab al-Quran dan kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya, termasuk suhuf-suhuf yang diturnkan oleh Allah kepada para nabi dan rasul, melalui perantraan Jibrail A.S.

  1. Mengimani dan meyakini adanya kehidupan di akhirat setelah berakhirnya kehidupa di duni ini. Di sanalah segala amalan kita akan dinilai dan dihisab dengan penilaian dan penghisaban yang maha adil, kemudian akan dibalas oleh Allah dengan balasan yang setimpal dengan apa yang kita kerjakan didunia ini. Samada berbahagia dan bergembira dengan mendapat balasan syurga atau menderita dan tersiksa dengan mendapat balasan neraka.

  1. Menepati janji apabila berjanji, samada jaji tersebut berhubung kait dengan Allah dan sesama manusia

  1. Bersabar dalam menghadapi kesempitan, penderitaan dan di dalam peperangan

Selain dari sifat-sifat dan ciri-ciri di atas, terdapat beberapa lagi sifat-sifat dan ciri-ciri orang yang bertaqwa, di antaranya;

  1. Menahan api kemarahan daripada menguasai diri sehingga akan menyebabkan dia bertindak di luar kawalan dan batasan

  1. Memaafkan kesalahan orang lain, walaupun ketika itu dia mampu dan mempunyai kekuatan untuk mengambil tindakan dan membalas terhadap orang yang menzaliminya, namun maaf kesalahan mereka lebih diutamakan.

  1. Segera mengingati Allah tatkala melakukan perbuatan keji (dosa-dosa besar yang mudharatnya tidak hanya ke atas dirinya seperti berzina, mencuri, membunuh, riba, menuduh orang melakukan kejahatan, merompak dan lain-lain lagi)dan menzalimi diri sendiri (dosa-dosa yang mudharatnya hanya menimpa dirinya sendiri, samada dosa-dosa besar atau kecil)

  1. Memohon keampunan Allah setelah melakukan perbuatan-perbuatan dosa di atas dan berazam tidak akan meneruskan perbuatan-perbuatan tersebut.

Kenyataan di atas ini terkandung dalam firman Allah;

Maksudnya;

“ Dan bersegeralah kamu kepada keampunan dari Tuhanmu dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertaqwa, iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya baik di waktu senang ataupun susah dan orang-orang yang menahan api kemarahan dan memaafkan kesalahan orang lain. Allah menyukai orang-orang yang berbuat kebajikan, dan orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, maka mereka segera mengingati Allah, lalu memohon keampunan terhadap dosa-dosa yang telah mereka lakukan, dan siapakah lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain dari Allah?. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan keji itu sedangkan mereka mengetahui (hukum dan kesannya).”

(Ali Imran : ayat 133-135)

  1. Beriman dan membenarkan kebenaran yang dibawa oleh Rasulullah dan memperjuangkan kebenaran tersebut.

Kenyataan ini selaras dengan firman Allah;

Maksudnya;

“ Dan mereka yang membawa (kebenaran) yang dibawa oleh Muhammad dan membenarkankannya, mereka itulah orang-orang yang bertaqwa. Mereka memperolehi apa sahaja yang mereka kehendaki dari sisi Tuhan mereka. Demikianlah balasan kepada orang yang melakukan.”

(az-Zumar : ayat 33-34)

  1. Berlaku adil dalam menjatuhkan hukuman di kalangan manusia, sepertimana yang telah dijelaskan oleh Allah;

Maksudnya :

“ Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah kamu menjadi orang-orang yang selalu menegakan kebenaran kerana Allah, menjadi saksi dengan adil dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum, mendorong kamu untuk tidak berlaku adil. Berlaku adillah, kerana berlaku adil itu lebih dekat kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha mengetahui apa sahaja yang kamu kerjakan.” (al-Maidah: ayat 8)

  1. Mengagongkan syiar-syiar Allah, seperti mengagongkan syiar dalam ibadah haji, korban, solat berjemaah lima waktu, solat hariraya, solat minta hujan, solat gerhana bulan dan matahari, solat jumaat, menghidupkan Ramadhan, menghadiri majlis-majlis ilmu dan zikir dan lain-lain lagi berdasarkan firman Allah SWT;

Maksudnya;

“ Demikianlah (perintah Allah), dan barangsiapa yang mengagongkan syiar-syira Allah, maka sesungguhnya itu timbul lantaran hati yang penuh dengan ketaqwaan.” (al-Haj : ayat 32)

  1. Berjihad di jalan Allah dengan mengorbankan harta dan jiwa raga. Firman Allah;

Maksudnya;

“ Orang-orang beriman kepada Allah dan hari kemudian, tidak akan meminta izin kepadamu untuk tidak menyertai jihad dengan harta dan diri (jiwa raga) mereka. Dan Allah amat mengetahui orang-orang yang bertaqwa.” (at-Taubah : ayat 44)

  1. Tidak bersifat sombong dan tidak melakukan kerosakan di muka bumi ini selaras dengan firman Allah;

Maksudnya:

“ Negeri akhirat (yang penuh dengan nikmat itu) Kami kurniakan untuk orang-orang yang tidak mahu menyombongkan diri dan dari melakukan kerosakan di muka bumi ini dan kesudahan yang baik itu adalah bagi orang-orang yang bertaqwa.”

(al-Qasas : ayat 83)

Az-Zariyat

[15] Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya. [16] (Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan. [17] Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. [18] Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun). [19] Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).

  1. orang-orang yang berbuat kebaikan
  2. sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari waktu malam, untuk mereka tidur. Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).
  3. harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).

Qaf

[31] Dan (ingatkanlah pula hari) didekatkan Syurga bagi orang-orang yang bertakwa, di tempat yang tidak jauh (dari mereka). [32] (Serta dikatakan kepada mereka): Inilah yang dijanjikan kepada kamu, kepada tiap-tiap hamba yang sentiasa kembali (kepada Allah dengan mengerjakan ibadat), lagi yang sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah);[33] (Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa dia tidak melihat azab Allah, serta dia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat

  1. hamba yang sentiasa kembali
  2. sangat memelihara dengan sebaik-baiknya (segala hukum dan peraturan Allah
  3. (Iaitu) orang yang takut (melanggar perintah Allah) Yang Maha Pemurah, semasa tidak dilihat orang dan semasa dia tidak melihat azab Allah,
  4. serta dia datang (kepada Allah) dengan hati yang tunduk taat.

Puas menongkah, menyelit dan mencari jika ada hasil2 yang membunga dalam diri

Tapi rasanya terlalu banyak yang kurang dari yang ada

Mungkin juga hampir tiada namun

Doa dan harapanku pada rahmatMU TAK pernah putus

moga kita sama2 mencapai ketaqwaan pada yang ESA

bantulah kami

ya RABB…

dalam mengapai ketaqwaan hanya pada MU

amin….

CINTA yang tak terbalas

Salam
syukur tak terhingga atas nikmat kehidupan untuk menggunakan sisa umur yang masih tersisa untuk terus mengabdikan diri pada yang ESA
rasanya sudah agar lama musafir cinta illahi dibiarkan sepi tanpa pengisisan dan perkongsian
entahlah…
kehidupan dunia yang penuh fantasi benar-benar menduga imanku yang terlalu nipis ini
moga kite sama2 dianugerahkan kekuatan untuk terus bernafas sebagai hambaNYA yang soleh… insyALLAH …. amin…
sedar tak sedar ramadhan telah pun pergi meninggalkan kite
sedih rasa hati kerna terlalu banyak masa yang terbuang dan tersia2 sepanjang bulan penuh barakah itu
kesal dan kehinaan yang amat sangat kerana gagal membalas dan mendakap cinta ILLAHI seeratnya



ya RABB
ampuni kami….
Terimalah taubat kami…
Atas kelalaian kami dalam menggunakan rahmat kasih sayang di sepanjang bulan yang kau hadiahkan kami lantaran kasihMU pada hamba MU yang hina ini
Ampuni kami ya RABB
Kerana gagal membalas cintaMU dengan pengabdian yang sesungguhnya
Lebih hina lagi kami gagal menerima cinta MU
lantaran kehinaan seorang hamba yang terlalu faqir untuk membuka hijab hati akan rahmat cinta MU
Ampunilah kami…
kami kan hambaMU
Ampuni kami ya RABB
Kami tak mampu untuk hidup walupun sedetik tanpa rahmatMU
MAKA, terimalah taubat kami…

Azam dan tekad di tanam di bulan ramadhan bagaikan terkubur
Bersama datangnya raya…
Kemeriahan hari raya dan kesibukan yang menyengat
benar2 mengerunkanku untuk beristiqamah dalam pengabdianku pada yg ESA
Kecewa sungguh dengan diri yang hina ini
Tiada air mata kegembiraan yang mengiringgi syawal
kerana aku masih gagal melaksanakan dan mencapai ketaqwaan seperti

FIRMAN ALLAH
" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183


Aku gagal untuk menyambut syawal dengan takbir kemenangan menjadi hambaNYA yang bertaqwa
Terasa terlalu ruginya diri ini..
Moga ada ramadhan yang menyinar di tahun hadapan untuk menjahit hati yang koyak dan lusuh dek dunia yang menipu
Amin…

Friday, September 11, 2009

AL QADR
(KEMULIAAN)

SURAT KE 97 : 5 ayat


Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

KEMULIAAN LAILATUL QADR

1. Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Quran) pada malam kemuliaan

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa Nabi saw. bermimpi melihat Bani Umayyah menduduki dan menguasai mimbarnya setelah beliau wafat. Beliau merasa tidak senang karenanya. Maka turunlah S.108:1, dan S.97:1-5) untuk membesarkan hati beliau.
(Diriwayatkan oleh at-Tirmidzi dan al-Hakim dan Ibnu Jarir yang bersumber dari al-Hasan bin Ali.)

Keterangan:
Al-Qasim al-Hirani menyatakan bahwa kerajaan Bani Umayyah itu ternyata berlangsung tidak lebih dan tidak kurang dari 1000 bulan. Menurut at-Tirmidzi, riwayat ini Gharib sedang al-Muzani dan Ibnu Katsir menyebutnya sangat munkar.

Dalam suatu riwayat dikemukakan bahwa Rasulullah saw. pernah menyebut-nyebut seorang Bani Israil yang berjuang fii sabilillah menggunakan senjatanya selama seribu bulan terus menerus. Kaum muslimin mengagumi perjuangan orang tersebut. Maka allah menurunkan S.97:1-3, bahwa satu malam lailatul qadr lebih baik daripada perjuangan Bani Israil selama 1000 bulan.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Abi Hatim dan al-Wahidi yang bersumber dari Mujahid.)

Dalam riwayat lain dikemukakan bahwa di zaman Bani Israil terdapat seorang laki-laki yang beribadah malam hari hingga pagi dan berjuang memerangi musuh pada siang harinya. Perbuatan itu dilakukan selama seribu bulan. Maka Allah menurunkan S.97:1-3 yang menegaskan bahwa satu malam lailatul qadr lebih baik daripada amal 1000 bulan Bani Isra'il tersebut.
(Diriwayatkan oleh Ibnu Jarir yang bersumber dari Mujahid.)


2. Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu?

3. Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan

4. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan.

5. Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar.

Thursday, September 10, 2009

salam..
dengan penuh kehinaan seorang hamba
ana ingin same2 mengajak diri kite bermuhasah sepanjang hidup kite sudah berapa kali ramadhan kite lalui?
bagaimana pengisiannya?
brapakah malam lailatul qadar yang kite lepaskan
tahukah kalian???
Rasullulah hanya dapat menjalani ibadah pusa 9 kali sahaja...

sebelum beliau wafat..
tp BELIAU menjalaninya dengan penuh barakah
betapa beruntungnya kita kerna telah mengenal ibadah puasa sejak kita lahir lagi

Diriwayatkan daripada Abu Hurairah Radhiallahu 'anhu daripada Rasulullah Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:

"Segala amal kebajikan anak Adam itu dilipat-gandakan pahalanya kepada sepuluh hinggalah ke 700 kali ganda. Allah berfirman: "Kecuali puasa, sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku memberikan balasan (pahala) kepadanya, (kerana) dia
(orang yang berpuasa) telah meniggalkan syahwat dan makan minumnya kerana Aku." (Hadith riwayat Muslim)


jika dibandingkan dengan RASULULLAH kite jauh lebih bertuah
namun tanpa pengisian dan penghayatan bulan penuh barakah ini sia2 belaka
oleh itu ayuh gunakan kesempatan dan kebertuahan kite di atas rahmat ALLAH itu dengan sebaiknya
di sisa2 ramadhan yang masih berbaki
ayuh kita bersama2 meningkatkan ibadah kita pada ILLAHI
gunakan kelunakan hati dibulan mulia ini untuk mendekati ALLAH
carikan saki baki yang tinggal untuk mendakap RAMADHAN seeratnya
sebelum ia berlalu
di zon pelepasan api neraka ini

Dari Jabir ra. bahwa Nabi saw. bersabda:

"Puasa itu perisai yang dipergunakan seorang hamba untuk membentengi dirinya dari siksaan neraka." (HR Ahmad)


Diriwayatkan daripada Abu Sa'id Al-Khudri Radhiallahu 'anhu berkata, aku mendengar Nabi Shallallahu 'alaihi wasallam bersabda:

Maksudnya:

"Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah nescaya Allah akan menjauhkan mukanya dari api neraka (sejauh perjalanan)

70 tahun." (Hadith riwayat Bukhari)


mari kita menghidupkan malam2 kita dengan linangan airmata keinsafan
mendambakan cinta,rahmat,pengampunan dan REDHA ILLAHI

Dari Salim, dari bapaknya ra, katanya seorang laki-laki bermimpi bahwa malam qadar terdapat pada malam ke dua puluh tujuh bulan Ramadhan.

Maka bersabda Nabi saw,

"Aku bermimpi seperti mimpimu, yaitu pada sepuluh malam yang akhir. Karena itu carilah dia pada malam-malam yang ganjil
." (Shahih Muslim)

Dari Ibnu 'Umar ra, katanya Rasulullah saw. bersabda:

"Carilah malam qadar itu pada sepuluh malam yang akhir bulan Ramadhan. Jika kamu lelah, maka janganlah dilewatkan pada tujuh malam yang masih tinggal.
" (HR Muslim)

Mereka diampuni oleh Allah SWT pada malam yang terakhir dari bulan itu. Para sahabat bertanya, 'Wahai Rasulullah, apakah itu malam Lailatul Qadar?' Beliau menjawab, 'Tidak, karena orang yang bekerja itu akan dipenuhi upahnya manakala sudah menyelesaikan pekerjaannya.
' (HR Ahmad)


moga takbir raya kami ini adalah takbir kemenangan kerana
MENJADI HAMBA ALLAH yg terbaik
insyALLAH..amin..

Monday, September 7, 2009

jagalah puasa kite bersama

Lima perkara rosakkan pahala puasa

PERKARA yang boleh menghilangkan pahala puasa seseorang boleh dibahagikan kepada dua kategori iaitu

  1. Hissiyyah (jelas dan diketahui umum) dan
  2. Maknawiyyah (tidak disedari).

Sabda Nabi SAW yang bermaksud:

"Lima perkara yang merosakkan pahala puasa seseorang".

  1. Menipu - ia satu daripada sifat orang munafik.
Nabi SAW ditanya adakah wajar bagi seorang dikatakan pengecut?
Jawab Nabi SAW: Ya.
Adakah wajar dikatakan kedekut?
Jawab Nabi SAW: Ya. Adakah wajar dikatakan penipu?
Maka Nabi SAW menjawab: Tidak.

2.Mengumpat - iaitu menyebut keburukan seseorang pada waktu ketiadaannya.
Bagi mereka yang bersama-sama di dalam majlis itu juga dikira dosa.
Firman Allah SWT kepada yang menyebut keburukan orang lain bermaksud:

"Sanggupkah kamu memakan daging saudaramu sendiri (Al-hujurat: 12).


3.Saksi palsu - Ia boleh mengubah yang benar menjadi salah, begitu juga sebaliknya

Tatkala Nabi SAW ditanya mengenai sebesar-besar dosa di sisi Allah SWT.
Nabi menjawab: Syirik (menyengutu Allah), derhaka kepada kedua orang tua. Ketika itu Nabi SAW berbaring lalu bangun dan berkata:
"Berhati-hati dengan saksi palsu".
Sehingga sahabat yang bertanya berkata:
" Alangkah baiknya jika kami tidak bertanya".

4.Sumpah dusta - Iaitu bersumpah dengan nama Allah SWT sedangkan dia mengetahui itu adalah dusta semata-mata.
Sumpah inilah yang menggoncangkan Arash Allah SWT.
Sumpah dusta akan menghancurkan rumah tangga, harta benda dan keturunan (Maksud hadis).
Nabi SAW menceritakan bahawa Nabi Isa AS melihat seorang lelaki mencuri lalu bertanya kepadanya: "Kenapa kamu mencuri?
Lelaki itu menjawab: "Demi Allah aku tidak mencuri".
Apabila Isa AS mendengar lelaki tadi bersumpah dengan nama Allah, maka nabi Isa AS menjawab:
"Kamu di pihak yang benar dan sesungguhnya mataku yang berdusta (Demi mengagungkan nama Allah).
Malik bin Dinar (seorang Wali Allah) ketika berjalan di kota Baghdad, beliau melihat seorang pemuda mabuk menyebut nama Allah SWT. Malik berkata: "Adakah wajar kalimah Allah SWT keluar dari mulut seorang yang mabuk? Lalu diambil secebuk air dan membasuh mulut lelaki itu. Ketika tidur beliau mendengar ucapan berbunyi: "Wahai Malik, kamu sudah membersihkan mulutnya kerana kami lalu kami bersihkan hatinya kerana mu. Ketika beliau memasuki sebuah masjid untuk menunaikan solat subuh, maka terpandang seorang lelaki sedang menangis. Apabila didekati itulah lelaki yang mabuk semalam. Malik bertanya: "Apakah gerangan kamu wahai saudara? Jawab lelaki itu: "Sesungguhnya yang memberi hidayah kepadaku sudah memberitahu mu mengenai aku semalam. Allahuakbar.

5.Melihat perkara yang diharamkan juga akan menghilangkan pahala puasa.

Firman Allah SWT dalam sebuah hadis qudsi.
"Pandangan adalah panahan beracun daripada pandangan iblis, sesiapa yang meninggalkannya kerana-Ku, akan Ku-gantikan padanya kemanisan iman di dalam hatinya.
Sabda Nabi SAW kepada Saidina Ali:
"Wahai Ali, tidaklah berlaku dua pandangan di mana pandangan pertama adalah untukmu dan pandangan yang kedua akan disoal oleh Allah SWT.

Penulis ialah Pegawai di Unit Agama NSTP

titipan kekasih ALLAH

amalkan sunnah KEKASIH ALLAH dari sekecil2 perkara sehingga sebesar2 perkara
sesuatu yang besar itu dimulai denagn sesuatu yang kecil
seperti bangunan yang besar terbina dari sekecil2 batu bata
moga kite di kurniakan rahmat sebagaimana kekasih2 ALLAH yang lain
insyaALLAH... amin...

Saturday, September 5, 2009

mawaddah_terimalah taubatku



Terimalah Taubatku - Mawaddah


Tuhan terimalah taubatku yang tidak sempurna
Ia serba kekurangan dan banyak cacat celanya
Tapi apakan daya
Ini yang kumampu
mempersembahkannya kepada-Mu

Telah kucuba sepenuh hati
Tapi masih tidak mampu sempurna
Aku harap dengan rahmat-Mu
Terimalah jua taubatku
Aku tetap tidak jemu
Kuteruskan walau tidak meningkat
Aku tetap istiqomah



Kasihanilah aku wahai Tuhan
Hamba yang lemah ini
Pengampunan-Mu yang kuharapkan
Siapa lagi yang akan membelaku
Kalau Engkau tidak membelanya






Aku kan hamba-Mu jua
Aku ciptaan-Mu juga
Kalau Engkau selamatkan
Engkau tidak akan rugi
Kebesaran-Mu akan tetap sempurna
Ampunilah wahai Tuhan
Segala dosaku

Kasihanilah aku wahai Tuhan
Hamba yang lemah ini
Pengampunan-Mu yang kuharapkan
Siapa lagi yang akan membelaku
Kalau Engkau tidak membelanya

Aku kan hamba-Mu jua
Aku ciptaan-Mu juga
Kalau Engkau selamatkan
Engkau tidak akan rugi
Kebesaran-Mu akan tetap sempurna
Ampunilah wahai Tuhan
Segala dosaku 3x