RSS

Friday, July 31, 2009

operation theater


SALAM..
Setelah ana mengutip sisa kehinaan seorg hamba
Akhirnya ANA kembali utk trus berkongsi
Syukran ats nasihat yg dikongsi hamba yg ana temui sepanjang permusafiran

http://ms.langitilahi.com/malulah-kau-dengan-nuh/


ada satu kisah yang ana ingin kongsi bersama



Pada suatu ketika , seorang hamba ALLAH yang hebat lagaknya sedang mememandu menyusur jalan raya dipesisiran dunia
nak dijadikan cerita, berlakulah pergeseran antara kereta hamba ALLAH ini dengan seorang insan lain tanpa disedari
dek kerna hasutan syaitan dan nafsu amaran yang meningkat meternya
hamba ALLAH ini berasa sangat tercabar dan benggang kerna KERETA insan itu telah bergesel dgn keretanya
sebenarnya tiada apa yang berlaku pada keretanya yang hidup segan mati tak mau itu
tp kerna syaitan yang mulai meraja dalam diri hamba ini
lalu ape lagi, dia terus melempiaskan kemarahan nya kepad insan yang kebingungan ini
tanpa rasa segan silu dia terus memaki dan memarahi orang itu tanpa memikirkan salah siapakah pergeseran itu berlaku
insan yang kebinggung dan terus dengan kebingugannya lalu membiarkan hamba ALLAH ini memperlakukan dirinya seadanya
hinggalah setelah merah muka insan ini di tampar
akhirnya hamba ALLAH ini puas
lalu meneruskan baki permusafiran nya dipersisiran dunia
tiba-tiba...

bang>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

kereta hamba ALLAH ini terlibat dengan kemalangan
tanpa membuang masa lagi hamba ALLAH ini dihantar ke hospital
dan perlu dibedah
sesampai saja di operation theater alangkah terkejut nya dia
kerna
rupanya insan yang dimaki hamun itu tadi adalah DR yang akan merawatnya dan membedahnya di operation theater
Alangkah terkejutnya dia...
Betapa menyesalnya hatinya kerna tingkahnya yang telah lalu
Kini nyawanya adalah diatas ehsan DR itu merangkap insan yang telah dimaki dan ditampar itu..
jika insan itu mahu pasti aje dia boleh membunuh hamba itu
dimana die mahu lari tika itu....seluruh badan telahlah tertunduk layu menyembah bumi
takala itu barulah terbit penyesalan di hati hamba ALLAH ini

Begitulah kite di ibarat sebagai hamba ALLAH itu
Dan operation theater umpama hari perhitungan kite kelak
Dan insan yang kite marahi dan biadap terhadapnya adalah
ALLAH yang menciptakan kite dari tiada kepada ada


Amatlah tidak setara untuk membandingkan keagungan ALLAH dengan kehinaan seorang hamba yang hina melalui perumpamaaan kisah ini
Namun bolehlah kite menjadikan ia sebagai pencetus idea untuk perhambaan kite
Dek keterbatasan pemikiran seorang hamba ....
YANG TERLALU TERHAD UNTUK MELIHAT KEHEBATAN DAN KEAGUNGAN ALLAH


YA ALLAH


Betapa hina dan lemah nya kami



HambaMU yang penuh kedaifan, kehinaan, dan kefaqiran
hamba ALLAH YaNG terlalu kerdil
kite adalah HAQ ALLAH...

SERING kali kite lalai MENGGUNAKAN RAHMATNYA
Mempergunakan rahmat kasih sayangNYA pada kite untuk
menderhakaiNYA dan membantah suruhanNYA mengunakan akal yang telah ALLAH kurniakan

SURAH YASSIN ayat 77

Tidakkah manusia memerhatikan bahwa kami telah menciptakan nya dari setitis air benih (mani), maka tiba-tiba ia menjadi pembantah yang nyata!


begitulah jijik dan dan hina nya kite
sering kali mempersoalkan suruhan ALLAH

kenape tak boleh couple?kenapa kena pakai tudung?kenapa xboleh bergaul bebas?
kami nak bina self-confident yang moden dan pandai bergaul... salah ke?

Jawapan nya ada pada kehambaan kite sendiri...fikirkanlah

Walau pun begitu......
ALLAH tetap terus-berterusan memberi rahmatnya kepada kite
Namun.....

SURAH ALFATIHAH ayat 4

Engkaulah pemilik hari pembalasan



Takala tiba hari pertemuan itu tiba barulah kite sedar bahawa kite adalah milik ALLAH

DAN ALLLAH
BERHAK MELAKUKAN APA SAJAPADA DIRI KITA ATAS KEHINAAN KITA SEPANJANG PERMUSAFIRAN KITE DI DUNIA INI


Namun tika itu tiada penyesalan yang bermakna...
Segalanya tinggal anggan-anggan dan mimpi
Justeru itu untuk menjadikan anggan –anggan bertemu ALLAH dgn cara terbaik
Nah sekaranglah masanya utuk kite mempersembahkan yang terbaik untuk ALLAH
Sebelum segalanya terlambat...
MOGA persembahan hamba ALLAH yang hina ini ada nilainya di sisi yangESA
InsyaALLAH amin...

Monday, July 27, 2009

HATI YANG PARAH




Bila ingin mengubati hatimu dari keburukan dan kelalaian,
jauhilah sesuatu yang syubhah,
keluarlah menuju ke padang taubat,
pakailah baju penyesalan,
angkatlah panji kehinaan,
tinggalkan tempat tidur,




ubahlah kedudukanmu dari jauh kepada ALLAH dengan mendekatiNya
dan dari permainan kepada kesungguhan ,
berilah makan fakir miskin,
biasakan hatimu untuk mengasihi dan mencinta,
memperbanyakkan menangis,
dan teruslah berdoa kerana mengharap dan cemas,
dengan begitu mudah-mudahan hatimu yang parah kembali terubat.
insyaALLAH...
amin...

NISA' vs al-rijjal


Kalungan buatmu hamba ALLAH yg terpilih

ADAM atau HAWA asalmu....
kite tetap berpegang teguh pada tali ALLAH yang kukuh...




tiada paksaan dalam memasuki agama(ISLAM)
sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepad thaghut dan beriman pada ALLAH ,
maka sesungguhnya dia telah memegang tali yang amat kuat yang tidak akn putus.
Dan ALLAH MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI



Di dalam Surah An-Nur, ayat 30, Allah SWT berfirman:

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.”

Ayat selepas itu, ayat 31, Allah SWT berfirman pula kepada perempuan perkara yang sama:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka…”

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)…”


Allah SWT telah berfirman:
An-Nisa’ ayat 34.

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan,” Surah



Rasulullah SAW bersabda,

“Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita.”

(HR. Al-Bukhari no. 5096 dan Muslim no. 6880)


Surah An-Nur ayat 2.

“ Penzina perempuan dan penzina lelaki, sebatlah kedua mereka dengan seratus sebatan, dan janganlah rasa belas kasihan kammu terhadap mereka bedua mencegah kamu untuk(menjalankan) agama(hukum) ALLAH, jika kamu beriman kepada ALLAH dan hari kemudian. Dan hendaklah(perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian orang-orang yang beriman”


Islam amat menjaga perempuan, dan menyuruh perempuan agar menjaga diri dengan menutup aurat dan membataskan pergaulan.


Surah An-Nur ayat 31.

  1. “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya
  2. menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),
  3. dan memelihara kehormatan mereka;
  4. dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;
  5. dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan kain kepala mereka;
  6. dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;
  7. dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka;

dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”


Surah Al-Ahzab: 33

“Janganlah kalian (wahai istri-istri Nabi) bertabarruj sebagaimana tabarruj orang-orang jahiliah yang awal.”







pada kesempatan ini tak banyak yang dpt ana kupaskan ...
lantaran dosa seorang hamba yg semakin menggunung
ALLAH menganugerahkan rasa 'SAKIT' jasmani
yang merayap di setiap helaan nafas dan peredaran darah hamba...
pastinya lantaran penghapus dosa dan kifarah seorang hamba yang semakin parah jiwaNYA
dek pautan dunia yang mempersona
walaubagaimana pun sakit JASMANI YANG DIDERITAI
tidaklah sehebat sakit rohani yang yang terpaksa ana tanggung
dek dosa dan hati yang jauh dariNYA
INSYAALLAH....
takala jasmani mengizinkan dan rahmat ALLAH mengiringgi
akan ana perkemaskan entri kali ini...
insyaALLAH

Thursday, July 16, 2009

INFAQ vs JPA.... rahmat atau ujian


INFAQ
Nabi saw bersabda:
لكل أمة فتنة وفتنة أمتي المال

“Setiap ummatku mempunyai fitnah yang boleh merosakkan mereka. Fitnah umatku adalah harta.”
(Hr Tirmizi)

Sesungguhnya harta yang kite punyai adalah harta yang kite belanjakan

KERANA ALLAH …
ATAS JALAN ALLAH

Bukan harta yang berada di dalam simpanan kite

Ana teringat pada satu cerita mungkin juga perumpamaan
Apalah gunalah sekeping kertas jika ia tidak digunakan
Dan hanya disimpan walhal sekeping kertas itu mungkin boleh memberi jutaan makna bilamana kite menggunakannya untuk menulis sesuatu yang bermanfaat untuk kite dan mungkin untuk orang lain
Ibaratkanlah kertas itu umpama wang kite


Alhamdulillah…
jihad Fisabillillah itu sentiasa dipermudahkan
Dalam menunutut ilmu bukan ilmu sahaja yang ALLAH kurniakan
MALAHAN rezeki dalam bentuk kewangan juga
Syukur xterhingga atas begitu byk rezeki yang ALLAH kurniakan pada kite
Namun pernahkah kite terfikir bahawa rezeki dan kurnia ALLAH adalah satu amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas hambanya


" Baginya apa yang telah diusahakannya dan bagimu apa yang sudah kamu usahakan, dan kamu tidak akan diminta pertanggungan jawab tentang apa yang telah mereka kerjakan."
[Al-Baqarah: 134 ]

Misalnya
Wang biasiswa JPA yang kite perolehi bukanlah wang semata2
Ia adalah amanah yang paling besar utk kite laksanakan

AMANAH ALLAH_AMANAH RAKYAT MALAYSIA_AMANAH NEGARA

Yang kite harus kita pikul
dengan amanah dan tanggungjawab seorang hamba

infaqkanlah

sedikit wang amanah itu kepada yg memerlukan
walaupun hanya 1% sumbangan kite dari wang JPA itu

"Perumpamaan mereka yang mendermakan harta benda ke jalan Allah, ibarat menaman sebiji benih yang akan menumbuhkan 7 pokok..dan tiap-tiap pokok itu membuahkan seratus biji. Dan Allah selalu melipatgandakan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya, dan Allah Maha Berkuasa (anugerahnya) lagi Maha Mengetahui"


insyALLAH ia akan lebih diberkati
niatkanlah infaq kite ini mewakili semua wang rakyat Malaysia keseluruhannya
moga seluruh rakyat Malaysia mendapat saham dari infaq kite yang x seberapa ini
moga sedikit amalan dan sedekah kite diterima di sisi ALLAH

''Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas."
[Al-Baqarah:212]

Di sini ana sertakan beberapa no ac bank yg membuntukan sumbangan kite

AMAN PALESTIN Bank islam 12029010047880

PUSAT MAAHAD TAHFIZ

http://www.akademitahfiz.com
Bank: CIMB
Nama: Akademi Tahfiz Al Hira (Biss. Reg. No.: SA 0109828-K)
Akaun No.: 12320000060108
atau
Bank: MAYBANK
Nama: Ahmad Saipuddin Bin Saat
Akaun No.: 162106017591

Actually what I want to say is INFAQ ur property in name of ALLAH
JPA….Masih banyak yang perlu kite fikirkan

Monday, July 13, 2009

VIRUS DALAM MENUNTUT ILMU


NIAT YANG ROSAK

IMAM MALIK BIN DINAR RAHIMAHULLAH

Mengatakan

Barangsiapa mencari ilmu bukan kerana ALLAH TA’ALA

maka ilmu itu akan menolaknya hingga ia dicari hanya kerana

ALLAH

INGIN TERKENAL

Barangsiapa yang menyiarkan amalnya, maka ALLAH akan menyiarkan aibnya.

Dan barangsiapa yang beramal kerana riya’ maka ALLAH akan membuka niatnya di hadapan manusia pada hari kiamat.

HADIS SAHIH_riwayat Bukhari


BERALASAN DENGAN KESIBUKAN

Alasan yang sering digunakan SYAITAN laknatullah.

sebagai penghalang dalam menunutut ilmu kerana ALLAH

cuba kite renung sejenak ALLAH telah menganugerahkan kite 24jam,

dengan penuh hikmah.

8jam berkerja +8jam istirehat+8jam lagi???

kehinaan seorang hamba sering menyebabkan kite lalai dalam menguruskan masa.

aNa pernah mendengar kate2 ustaz ZAHZAN

seorang khalifah…HARUN AR-RASYID (klu xsilap)

yang terkenal tika zaman kegemilangan islam dulu,

dalam kesibukan beliau menguruskan Negara

beliau tidak pernah kurang menunaikan solat sunat daripada 200 rakaat

SUBHANALLAH e2lah indahnya bila jiwa hamba sudah menetap di hati kite

Dalam kesibukan duniawi masih ade mase utk mengumpul masa utk cinta YANG agung

Klu nak di bandingkan denag kesibukan kite sebagai pelajar…

Apelah sangat????

ALWAKTU KES SAIF

Waktu itu ibarat pedang jika kite tidak menggunakannya ia akan memakan kite sendiri


BOSAN DALAM MENUNTUT ILMU

Halangan yang paling hina bila kebosanan melanda bersama hilangnya focus akibat dugaan duniawi yang menjengah ke lubuk hati hamba. Bosan adalah penyakit yang harus dilawan menggunakan antibody dari jiwa hamba sendiri. Bukan secara iv, im, atau oral..ALLAH telah mengurniakan anti bodi ini dalam jiwa kite namun,ia perlu sdisertakan dengan azazm dan doa pada yang ESA.

NIKMATILAH ILMU ALLAH YANG TERLALU LUAS KERNA DI SITU AKAN TERBIT CINTA PADANYA

Saturday, July 4, 2009

Aku sedar ramai di kalangan kaum adam yang lesu memandangku

Penuh kesombongan
Dingin yang membeku
Bibir yang penuh kebisuan
Mata yang x beremosi
Telinga yang kebal
Lidah yang kelat bermadah


Demi ALLAH
Aku hanyalah insan biasa yang penuh dengan emosi
X dinafikan
aku juga punya hati dan naluri remaja
Yang ingin disayangi dan menyayangi
Lantaran terlalu menyanyangimu wahai sang pejuang
Aku membatukan diri
Yang hakikatnya aku terlalu lemah untuk bernafas dalam jiwa hamba
Biarkan jiwa remajaku meraung minta dilepaska
Xkan aku izinkan ia keluar
dari batasan cinta pada sang KHALIQ

Di dalam Surah An-Nur, ayat 30, Allah SWT berfirman:

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.”

Ayat selepas itu, ayat 31, Allah SWT berfirman pula kepada perempuan perkara yang sama:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka…”




Sungguh walaupun zahirnya
aku
berlagak kuat melawan badai
telah terlalu banyak air mata
yang gugur
lantaran hati yang xsekuat mana
iman yang senipis kulit bawang
atau
mungkin lebih nipis dari itu

hakikatnya
aku terlalu menyayangimu
kaum adam
lantaran ketakutan yang xdapat dibendung
aku bina tembok yang
besar antara kalian dan aku
bukan sombong atau berlagak baik
kehinaan
seorang hamba yg lemah lagi hina
mendorongku melakukanya

Demi ALLAH
ku takut menjadi wanita yang
telah RASULULLAH sabdakn sebelum kewafatanNYA


WANITA YANG MENJADI FITNAH LELAKI

Masih terngiang2 pesanan insan TERAGUNG itu

Rasulullah SAW bersabda,

“Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita.”

(HR. Al-Bukhari no. 5096 dan Muslim no. 6880)

YANG BISA MENGHANCURKAN DUNIA ISLAM
nauzubillah....

Sungguh kerna terlalu menyayangimu kaum adam
Tembok yang ku bina terus ku tambah ketebalannya

Biarlah kalian membenciku
dan kalian menyangka aku juga membenci kalian

Itu lebih baik bagiku dan kamu
Daripada aku menghancurkan kalian
Lantaran kehinaan seorang hamba
aku takut mengoncang iman kalian
yang mmg utuh
namun...bisa cair dek anugerah ALLAH kpd wanita

aku takut jika aku menjauhkan kalian dari cinta ILLAHI
Aku yakin kalian mempunyai potensi menjadi
Pejuang ISLAM yang bakal mengegarkan dunia
Mengembalikan kegemilangan islam di mata dunia
Aku bukanlah segagah kalian utk memperjuangkan islam
Namun, mane mungkin aku menganggu fokusmu dalam berjuang

Sebagai hamba ALLAH YANG HINA
aku tak pernah putus berharap untuk berjuang bersama-sama KALIAN

DAN JIKA BENAR SUDAH SAMPAI MASENYE
JODOH KALIAN PADA SANG HAWA

biarlah segalanya berlandaskan syarak
semata2 kerna ALLAH
bersama2 membanting kehinaan seorg hamba memperjuangkan islam
di mata DUNIA
akhirnya mewariskan serikandi islam
bagi meneruskan baki permusafiran dunia
agar bertemu di akhirat bersama keredhaan ALLAH



YA ALLAH
izinkan aku untuk terus bertapak dibumiMU
Sebagai seorang yang dapat berjuang atas namaMU
Dan syahid dalam perjuangan agamaMU

Thursday, July 2, 2009

Kite sangka menjadi orang buta itu besar dugaannya

tapi kite lupa betapa mulianya mata mereka

berbanding dengan mata kite yang penuh dosa ini.

Bersyukurlah kalau kite rabun

sesungguhnya terlalu banyak dosa yang dapat kite hindari

walaupun tanpa kite sedari.


Bersyukur jugalah bagi mereka yang terang lagi jelas penglihatannya

kerana banyak anugerah tuhan yang dapat dinikmati

dan dijadikan dasar keutuhan iman.

Rabun , buta atau celik

bukan alasan untuk kite tidak mesyukuri nikmatnya


Percaya lah bahawa ALLAH

hanya memberikan yang terbaik untuk hambanya.


Seperti yang tercatat dalam surah al-Baqarah ayat 216


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


“ kadang-kadang apa yang kamu benci itu adalah yang terbaik untuk kamu dan apa yang kamu suka itu buruk bagi kamu. Apa yang kamu sukai itu, belum tentu baik untuk kamu dan belum tentu apa yang kamu benci itu buruk bagi kamu”


SESUNGGUHNYA ALLAH MAHA MENGETAHUI SEGALA YANG TERSURAT LAGI TERSIRAT
Maka jadilah kite hambe yang selalu bersyukur dengan apa adanya

SEMOGA PENGKONGSIAN INI DAPAT MENGISI HATI KITE YANG SERING LALAI DENGAN KURNIAANYA.

YA ALLAH,

betapa hinanya kami yang tak prnah puas meminta rahmatmu tanpa kami mampu membayarnya.


Jika seseorang terlalu banyak menabur jasa kepada kite

pasti kite akn berasa malu bukan?

tapi kenapa setelah begitu banyak rahmat yang ALLAH kurniakn kepada kite

kite tidak pernah malu pada ALLAH

kite kerap kali mengabaikan pandangan ALLAH

dalam setiap tindak tanduk kite

Sewenang2 mengunakn rahmatnya tanpa redhanya,

melakukan kemungkaran dengan mengunakan nikmatnya.


Lupakn kite pada surah ar Rahman yang berkali2 mengingatkan kite tentang pendustaan nikmatNYA.


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Melihat perkara2 yang sia-sia,

berpandangan sesame adam dan hawa tanpa mengira kemurkaanya


itu belum kira lagi kita menonton konsert2 yang mengundah celaru di jiwa.

Ampuni dosa kami ya ALLAH YANG MAHA PENGAMPUN

kite lebih mengutamakan pandangan manusia

ingatlah kite tidak akan pernah dapat untuk memuaskan

semua hati2 manusia

tp insyaALLAH bilamana kite cube menjaga akhlak kite

demi ALLAH,

insyaALLAH perasaan bersyukur dgan apa adanya

akan menjengah ke hati kite


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini