RSS

Tuesday, December 15, 2009

salam..
rasanya dah terlalu lama blog ni dibiarkan gersang tanpa pengisian
begitulah rasanya hati ana sekarang
entahlah ana sangat merindui hati yang khusyuk dan dambakan cinta ALLAH
puas mencari , menjengah , menyelam ke dasar hati
dengan sedikit ilmu dan ilham yang ALLAH kurniakan dapatlah ana simpulkan bahawa hati yang rosak segalanya berpunca dari hati yang tak terjaga
hati adalah kerajaan anggota
jika kerajaan sudah goyah maka anggota akan mula goyah
namun bagi membinakan sebuah kerajaan yang kukuh
semuanya bermula dari penjagaan anggota kerajaan itu sendiri
dari mata, mulut, telinga, lidah, kaki sehinggalah tangan
setiap inci kerajaan itu haruslah dipelihara daripada perkara2 yang boleh
merosakkan kerajaan hati
punca2 inilah yang harus diselesaikan dulu sebelum kita memperbaiki dan memperkukuhkan keajaan hati kita...
takala hati sudah mula terjaga dan terpelihara
hasilnya anggota yang terzahir akan membuahkan dan menyemarakkan kerinduaan dan cinta pada YANG ESA
sama2lah kita bermuhasabah untuk menjaga stiap inci tubuh badan yang ALLAH anugerahkan kepada kite
agar kite tidak merosakkan kerajaan hati yang bakal menghancurkan hidup kita sebagai hambaNYA
dismping ni ana titipkan amalan zikir yang ana dapat dari seorng hamba ALLAH
Zikir ini juga merupakan amalan untuk wanita yang datang haid
selain dapat mensyukuri nikmatnya kita juga boleh memohon ampun atas keterlanjuran dosa kita dalam menjaga amanah diatas segala nikmat yang ALLAH kurniakan
insyALLAH



Riwayat Daripada Saiyidina Aishah R.A.
diambil daripada kitab yang bernama
Durratun Nasihin Fil Wa, zi Wal Jsrar
dikarang oleh Osman Bin Hasan Ahmad
As Sakiril Khubuwi


"Tidak ada daripada seorang perempuan yang kedatangan haid
melainkan adalah haidnya itu menghapuskan dosa-dosa yang
telah lalu daripada segala dosa-dosanya dan sekiranya ia
membaca doa (dibawah) pada hari yang pertama yakni:


(maksudnya) Segala puji bagi Allah di atas segala hal dan aku
memohon keampunan kepada Allah daripada segala dosa.

-maka menulis oleh Allah baginya terlepas daripada api neraka
dan dapat lalu di atas Sirat dengan selamat dan aman
daripada azab dan meninggikan oleh Allah Taala
baginya dengan tiap satu hari dan satu malam
akan pangkatnya empat puluh orang mati syahid manakala
adalah perempuan itu dikira berzikir kepada Allah Taala
di dalam masa haidnya

moga kite dapat same2 mengamalkannya dan menjadikan sebagai pendinding serta mengakrabkan hubungan kite pada ALLAH YG ESA