RSS

Monday, April 5, 2010

apakan daya

Andai mampu ku mengubah dunia
Ingin ku lakar sejarah
Membawa semua makluk-NYA menuju YANG ESA

Namun apakan daya…
Aku sendiri masih menangih …
merayu…
dan mengharap…
Pada YANG ESA untuk membimbingku menuju-NYA

Andai mampu ku bawa umat
Bersama menyusuri perjalanan ke syurga
Menemui CINTA AGUNG dan HAKIKI
Akan ku tarik dan ku paut tangan kalian bersama…
Tak mahu dilepaskan lagi
Namun apakan dayaku…
Aku sendiri masih terkapai-kapai
Terbuai-buai…
menangih secebis CINTA ALLAH
Yang sering ku rindui

Menyedari hakikat hamba yang lemah dan hina
Ku pasakkan tekad dan azam
terus merayu dan mengharap pada PEMILIK CINTA
agar di kurniakan rasa cinta
ditanamkan benih kerinduan hanya pada
PEMILIK CINTA HAKIKI
PEMILIK CINTA YANG ABADI
PEMILIK CINTA INI
Siapa lagi yang layak melainkan engkau..
YA ALLAH

No comments:

Post a Comment