RSS

Monday, January 11, 2010

amalan riak

Dgn lafaz pnuh kesyukuran diatas limpahNYA masih ada sinar yg menerangi hati yg kian lame malap dgn kegelapan hati yg merobek hati yg rapuh ini,

benarla seperti yg RASULULLAH saw sabda,

hati insan ibarat 2jari yg begitu mudah ntok dibolak blikkan oleh ALLAH.

sbb itulah kte diajarkn oleh RASULULLAH S.A.W membaca doa

ya ALLAH yg maha membolak-balikkn hati, tetapkanlah hati2 kami dalam agamaMU dan ketaatan hanya padaMU YA ALLAH.

setiap amalan yg kte lakukan adalah anugerah terindah yg ALLAH kurniakan

ingatlah...

ALLAH berfirman dalam surah alSaaffaat:96

" Padahal ALLAH yang menciptakan kamu dan benda2 yang kamu buat itu!"

tp berapa ramai di antara kte yg berasa megah dan selesa dgn amalan2 yg dia perbuat?

Yakin sungguh amalannya diterima ya…

muhasabahlah dan lihatlah setiap amalan kte bukanlah dtg dari kite sebliknya anugerah ALLAH yg sering kte khianati

amalan sepatutnya menjadikan kita hamba yang bersyukur dan lebih sedar akan kehinaan,kelemahan serta keperluan kte kepada ALLAH,

yg Maha Pengurnia amalan.

mana silapnya sehingga kte merasa kte adalah pengabdi yang hebat.?

adakah layak si pengabdi merasa hebat?

lupakah dia bahawa dia hanya lah abdi

yang xpernah putus mengharapkan ehsan dan belas dari

TUHAN(TUAN) nya ntuk hidup.

mengharapkan oksigen NYA dan pelbagai lg nikmat dariNYA.

seringkali manusia e2 tertipu dgn amal nya.

dia menyangka amalnya dtg dari usahanya.

sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan begitu

Dialah layak menilai amalan hasil kurniaanNYA

TANGISILAH setiap amalan kita agar kite sentiasa rasa ingin memperbaiki dan memperkukuhkan amalan kite

Lantaran takut amalan kite menjadi penghalang terbesar antara kita dan ALLAH dek kerana riak yang bertamu di hati tanpa kita sedari kehadirannya

Mudahan-mudahan setiap amalan kite ada tempat dan pandangan di sisi ALLAH

Moga-moga amalan kite dapat mengakrabkan dan menyemarakkan api cinta kita pada yang ESA

akhiran kata2 yang saya petik dari hikam Sheikh Ibnu A'Toillah Alsakandari

Janganlah ketaatan kamu menggembirakan kamu keran merasa ia datang daripada perbuatan kamu. Tetapi bergembiralah kerana ia adalah kurniaaan dan taufiq dari ALLAH kepada kamu

No comments:

Post a Comment