RSS

Sunday, December 5, 2010

bisikan jiwa hamba

Ya ALLAH
Dengan penuh helaan kehinaan aku menyamapaikan rasa hati ini
Aku rasa jauh denganMU kerana dosa2 yang sering kulakukan
Namun taubatku masih tiada tangisan dan penyesalan
Aku tak mengerti apa lagi yg harus ku lakukan utk merapatiMU
Aku merindui saat keakraban yg membahgia aku dan KAU
Kini solatku semakin lalai entah kemana
Sakitnya hanya ENGKAU yang tau
DoakU dan pengharApan semakin kurang padaMU
namun keperluan duniaku seakan mengunung
Aku letih dangan dunia
Aku merinduiMU
Mujahadah mencabar kehambaanku padaMU
Bagaimana lagi harus ku lakukan agar cintaKU kembali berpaut padaMU
Ku tak tahu berapa banyak dosa dan kelalain yang telah aku lakukan hinggakan jiwa ini meronta2 utk diberikan pengampunan dariMU
kerana aku dah tak mampu lagi berjauhan denganMU walau sedetik
Kucuba semampuku sebagai hamba meleraikan segala yang sia2 dan menjauhkan aku denganMU
namun, aku semakin xmampu bertahan
Doaku
BANTULAH KAMI HAMBA2MU YNG LEMAH , HINA DAN FAKIR INI DALAM MENUJU MU….
JADIKAN KAMI KHALIFAH YANG BERWAWASAN MENEGAKKAN AGAMAMU DI SIANG HARI
NAMUN HAMBA YANG PAILNG HINA DIHADAPANMU DIMALAM HARI NYA
AGAR AKU MAMPU BERTEMU DENGANMU KELAK.
Perkenankan ya ALLAH..
Andai ENGKAU tak memperkenankannya…siapa lagi
Melainkan KAU YANG MAHA MEMPERKENANKAN DOA HAMBA2NYA

No comments:

Post a Comment