RSS

Sunday, September 27, 2009

CINTA yang tak terbalas

Salam
syukur tak terhingga atas nikmat kehidupan untuk menggunakan sisa umur yang masih tersisa untuk terus mengabdikan diri pada yang ESA
rasanya sudah agar lama musafir cinta illahi dibiarkan sepi tanpa pengisisan dan perkongsian
entahlah…
kehidupan dunia yang penuh fantasi benar-benar menduga imanku yang terlalu nipis ini
moga kite sama2 dianugerahkan kekuatan untuk terus bernafas sebagai hambaNYA yang soleh… insyALLAH …. amin…
sedar tak sedar ramadhan telah pun pergi meninggalkan kite
sedih rasa hati kerna terlalu banyak masa yang terbuang dan tersia2 sepanjang bulan penuh barakah itu
kesal dan kehinaan yang amat sangat kerana gagal membalas dan mendakap cinta ILLAHI seeratnya



ya RABB
ampuni kami….
Terimalah taubat kami…
Atas kelalaian kami dalam menggunakan rahmat kasih sayang di sepanjang bulan yang kau hadiahkan kami lantaran kasihMU pada hamba MU yang hina ini
Ampuni kami ya RABB
Kerana gagal membalas cintaMU dengan pengabdian yang sesungguhnya
Lebih hina lagi kami gagal menerima cinta MU
lantaran kehinaan seorang hamba yang terlalu faqir untuk membuka hijab hati akan rahmat cinta MU
Ampunilah kami…
kami kan hambaMU
Ampuni kami ya RABB
Kami tak mampu untuk hidup walupun sedetik tanpa rahmatMU
MAKA, terimalah taubat kami…

Azam dan tekad di tanam di bulan ramadhan bagaikan terkubur
Bersama datangnya raya…
Kemeriahan hari raya dan kesibukan yang menyengat
benar2 mengerunkanku untuk beristiqamah dalam pengabdianku pada yg ESA
Kecewa sungguh dengan diri yang hina ini
Tiada air mata kegembiraan yang mengiringgi syawal
kerana aku masih gagal melaksanakan dan mencapai ketaqwaan seperti

FIRMAN ALLAH
" Wahai orang-orang yang beriman, telah wajib ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat-umat yang sebelum kamu, semuga kamu menjadi orang yang bertakwa."
Surah Al Baqarah, ayat 183


Aku gagal untuk menyambut syawal dengan takbir kemenangan menjadi hambaNYA yang bertaqwa
Terasa terlalu ruginya diri ini..
Moga ada ramadhan yang menyinar di tahun hadapan untuk menjahit hati yang koyak dan lusuh dek dunia yang menipu
Amin…

No comments:

Post a Comment