RSS

Thursday, August 20, 2009

PEPOHON RIMBUNAN IMAN

taman-taman dunia hanyalah satu fatamorgana

Atas Kasih sayang ALLAH pada hamba ALLAH yang hina ini
Kaki melangkah dengan penuh kehinaan ke surau…
Ada sesuatu yang menarik untuk dikongsi yang ku kedung di taman-taman syurga itu..
Ibadah hati lebih baik daripada ibadah anggota?

Akhirnya jawapan itu terungkai melalui pengisian seterusnya
Setelah meneliti dan mentafsir menggunakan rahmat akal yang dikurniakan
Akhirnya satu kesimpulan dapat ku adun menjadi
“pepohon rimbunan iman”

Ibadah hati(aqidah) yang dimaksudkan adalah keyakinan yang kukuh terhadap al-KHALIQ
Manakala ibadah anggota adalah amalan zahir seperti solat, sedekah, zakat dan sebagainya
Ibadah anggota itu tiada nilainya jika kite sendiri
tidak menyakini tujuan dan matlamat pengibadatan kite…

“Orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, amalan-amalan mereka adalah seperti abu yang ditiup angin dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak dapat mengambil menafaat sedikitpun dari apa yang telah mereka usahakan (di dunia). Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh “ (Surah Ibrahim : 18)

“ Dan orang-orang yang kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu dia tidak mendapatinya suatu apapun. Dan didapati nya (ketetapan) Allah disisinya, lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup dan Allah adalah sangat cepat perhitunganNya. “ (Surah An Nur:39)


ana cuba memperumpamakan ibadah hati dan anggota ini laksana sepohon pokok


AKAR (AQIDAH)
akar merupakan struktur yang paling penting pada sebatang pokok
begitu lah kite menganggap bahawa akar itu adalah pegangan akidah kite..
sejauh mane kite menyakini ALLAH
semakin kuat keyakinan atau iman kite kepada ALLAH
maka semakin kukuhlah akar yang menjalar dan menunjang ke dalam tanah
namun untuk menyakini sesuatu itu kite terlebih dahulu perlu mengenali Nya
kerana itu kite perlu terlebih dahulu mengenali ALLAH sebelum kite menyakininya
dan sesuatu yang pasti
apabila kite sudah mula mengenali ALLAH kite akan pasti mencintaiNya
namun mungkin dek kerna kehinaan dan kejahilan seorang hamba
disertakan dengan dosa yang menghijab
ada tabir yang menghalangi kite drpd mencintai ALLAH dengan tulus
maka bersama2lah kite berdoa dengan penuh pengharapan agar
dikurniakan cinta dan rindu hanya pada ALLAH dan RASULNYA
ya ALLAH kurniakan kami hati yang lunak untuk mencintaiMU
rahmati dan kurniakalah kebaikan seperti mana
engkau kurniakan pada
hamba-hambamu yang soleh, para anbiya, para auliyah dan juga para kekasihmu YA ALLAH


BATANG (SYARIAH ISLAM )
manakala batang yang terbentuk adalah hasil dari permantapan akar pokok itu sendiri
bilamana akar yang kukuh telah terhasil
batang yang kuat dan ampuh akan dapat tumbuh dari akar itu
mana mungkin batang yang ampuh itu akan dapat berdiri tanpa pautan akar yang kukuh di pasak bumi
pemahaman dan amalan kite yang berlandaskan syariat islam itu
semuanya bergantung kepada permantapan aqidah itu sendiri.
Semakin mantap aqidah kita pada AL-KHALIQ
maka semakin ampuh amalan dan perlaksanan syariat islam yang menyeluruh dalam kehidupan kite
namun takala akar yang terbina rapuh
batang yang tumbuh kan mudah terumbang ambing dan tersungkur walaupun ditiup bayu
kerna itu lah kite boleh melihat pada diri kite sendiri yang terlalu banyak mempersoalakan hukum-hukum ALLAH
kenapa ini berlaku? Ia berlaku kerna akar yang ditanam masih belum kukuh memasak dibumi..
akidah dan iman kite masih rapuh dan terlalu jauh bezanya dengan iman para sahabat RASULULLAH
lihatlah betapa mantapnya iman para sahabat takala turunnya firman pengharaman arak
mereka tidak sekali pun mempersoalkan hukum ALLAH
walaupun hakikatnya arak merupakan nadi dan air minuman rutin mereka
tanpa rasa terkilan mereka memecahkan dan mencurahkan tempayan2 arak mereka ke bumi tanpa seikit pun rasa sayang
kerana ketika itu rasa cinta dan Kasihnya pada ALLAH dan Rasulnya telah tersemi di dalam hati
terasa betapa jauh dan hinanya kite jika mahu di bandingkan IMAN dan CINTA para sahabat
dalam keadaan Malaysia yang permai lagi bebas untuk beragama pun kite masih tak mampu mengamalkan cara hidup islam dan syariah islam yang menyeluruh

BUAH (AKHLAK DAN KEMANISAN IMAN)
Dari akar yang mantap disertakan batang yang kukuh ia bisa menghasilkan buah yang ranum lagi berkhasiat
Buah yang terhasil adalah umpamana kemanisan iman yang nikmatnya tak terjangkau di akal manusia tapi mampu dirasai oleh hamba-hamba pilihan ILLAHI
Bukan sahaja ranum, khasiatnya juga baik untuk orang lain yang berteduh di bawahnya
Hasilnya terzahirlah akhlak dan budi pekerti yang mulia
itula yang di panggil buah iman
walaupun buahnya jatuh ke bumi ia tetap akan menghasilkan pohon baru yang juga mewarisi kehebatan yang sama hebatnya
begitulah jika iman mula meraja di hati hasilnya kan bisa menghasilkan generasi dan anak2 yang bakal mewarisi perjuangan dan kecintaan pada yang ESA..

namun bukanlah mudah untuk menghasilkan pohon sehebat itu
lihat sahaja pengorbanan dan perjuangan para nabi, para sahabat dan kekasih2 ALLAH yang lain
telah banyak keringat yang gugur
ia memerlukan baja keazaman dan siraman airmata keinsafan dan pengorbanan
banyak masa, tenaga dan tumpuan yang perlu dikorbankan untuk menjaga, membelai pepohon ini sebelum ia tumbuh mekar mewangi di taman hati.
Moga kite dapat menanam pohon ini dalam kehidupan seorng hamba yang hina
Amin……………

No comments:

Post a Comment