RSS

Saturday, August 22, 2009

Melihat ramadhan dari kaca mata seorng hamba





Alhamdulillah kita masih diberi pinjaman nyawa
Untuk menikmati indahnya udara ramadhan yang menjengah di jendela dunia
Marilah kita menjadikan ramadhan sebagai satu wadah untuk kite mendakap cinta illahi
Ketika hujan rahmat ALLAH mencurah-curah membasahi bumi
Megapa ia dipersiakan
Abu Hurairah menyatakan : Telah bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud :
Apabila telah tibanya Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup segala pintu neraka dan diikat segala syaitan.

-Hadis dikeluarkan oleh imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad dan Baihaqi-

Gunakan rahMAt puasa untuk mentarbiyahkan nafsu yang liar
ALLAH tidak pernah menganugerahkan sesuatu untuk dipersiakan
Janganlah membiarkan kehinaan seorng hamba yang hina
Membelenggu hati kite
Bukalah dada kata untuk menerima cinta dan rahmat ALLAH itu
Ramadhan adalah satu tempat persingahan dalam setahun
untuk kite membasuh dan mencuci hati-hati kite yang hitam mendaki dek dosa yang tak pernah terhitung
ALLAH bukan tidak mengerti kehinaan seorng hamba yang sering melakukan dosa
Lantas ALLAH menganugerahkan satu bulan
untuk kite membasuh daki-daki dosa dan menambah pahala sepanjang permusafiran kite menujuNYA
Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud

Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu.

- Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi-

Tanpa bulan ramadhan mampukah kite mengedung dosa-dosa yang kite lakukan untuk menemui ALLAH kelak
ALLAH telah mengatur segalanya dengan begitu hebat
ALLAH tahu kemampuan hambaNYA yang terbatas
Bayangkan jika tanpa ramadhan
sebagai hamba ALLAH amat mudah terlupa untuk mendekatiNYA
kite akn terus terleka menikmati dunia dan lupa akan kehidupan yang kekal disana
hari berganti hari
bulan berselang bulan
tahun menganti tirai

akhirnya dosa yang dilakukan semakin mengunung sehingga tak tertanggung dek bumi
adakah dengan dosa meluas itu kite mampu untuk mendekati ALLAH
hati yang sekeras dan sejijik itu lunak untuk mencintai ALLAH
SUDAH TENTU TIDAK?
BUKAN???

Kerana itu ramadhan dihadiahkan kepada kite

Daripada Abu Hurairah telah berkata:
Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud :
Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah : Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah(Islam).
-Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi-


Agar hati kite sentiasa lunak dan dekat untuk terus merasakan nikmat
ALLAH dihati setiap hambaNYA
Saban tahun hati dapat dipulih untuk kembali kepada fitrah asal insani
Yang suci fitrahnya…





Belum lagi kita ceritakan tentang kehebatan lailatul qadar
ALLAH tahu bahawa kite sebagai hambaNya tidak mampu untuk beribadah sepenuhnya
Jika ada pun ibadah yang dibuat ia dihiasi dengan riak takbur dan ujub serta penuh kelalaian
LALU ALLAH menjadikan malam lailatulqadar itu lebih baik ganjarannya dari seribu bulan
Itu sudah cukup untuk membuktikan cinta ALLAH pada hamba ALLAH yang hina ini
Bukalah mata hati kita jika masih kabur
bermuhasabahlah untuk menambah power iman yang semakin berkurang
bila kerabunan hati makin bertambah…

No comments:

Post a Comment