RSS

Saturday, June 20, 2009

mengutip sisa kekuatan di sebalik jutaan kehinaan

Salam

Awalnya penubuhan blog ini

Ana mengkhususkan untuk menjadikan wadah

Utk ana berkongsi mengenali pencipta yang AGUNG

sekaligus memperhebatkan kehinaan diri yang hina ini dihadapan

AL-KHALIQ

Yang telah menciptakn ANA dan juga kalian

Walaupun baru sedikit ana mula bertatih mengenali ALLAH

Namun keseronokan menjadi hambaNYA

membuatkan ana terpanggil utk berkongsi bersama teman2…

Bermula dgn sifat ar-RahmanNYA

ana benar-benar berasa terlalu bersyukur

kerana dilahirkan sebagai hambaNYA

Teringat ana pada bait2


bacaan mathurat yang selalu kite lafazkan


Aku telah rela dengan

ALLAH adalah Tuhanku

ISLAM sebagai agamaku

MUHAMAD S.A.W sebagai nabiku


Namun, hati yang hina ini

memang terserlah kehinaannya

Takala membaca artikel2

dan mendapat ilmu2 baru tentang islam

Hati ana melonjak2 utk berkongsinya bersama teman2

Dengan begitu banyak kehinaan yang ada

ana gagahkan diri menvariasikan

Warna penulisan ana

Mungkin agar sukar kerna

syurga itu manis mana mungkin dunia itu juga manis

Lantas bersama jutaan kelemahan

dan kehinaan yang x pernah terhitung

ana Memulakan segalanya

Sungguh ana bukanlah seorang yang petah berdebat

dan menaburkan butir-butir kata

Seringkali terkandas bersama kehinaa diri

Walaubagaimanapun,

mana mungkin ana menjadikan nya sebagai alasan untuk ana

Memekakkan telinga sebagai

seorang islam yang berpangkat da’i

Seringkali pabila lidah habis berbicara

rasa terlalu byk dosa yg ana lakukan

Rasa berdosa dan hina yang sangat menusuk

Setiap kali lidah memainkan peranan

Menyebabkan ana berusaha mencari wadah lain

dalam memberikan perkongsian

Walau ape cara sekalipun akan

ana gagahkan hati utk meneruskan bersama jutaan kehinaan diri

Ana percaya ALLAH pasti bersama ana

dalam mengutip sisa-sisa kekuatan yang ada dlm diri hasil kurniaNYA

lalu terhasillah blog ini

untuk dijadikan pena sebagai mata pedang ana

moga diberikan kekuatan dan

sentiasa dalam bimbingan YANG ESA

No comments:

Post a Comment