RSS

Saturday, June 20, 2009

keaiban yang xterhitung

Usai matinya engine kereta

ALLAH mengerakkan hamba yang hina ini

Untuk membuka kotak tv


Alhamdulillah,

bertambah kehinaan diri melihat ustaz yang berkata

Antara kata-kata ustaz A’a yg dapat ana kongsikan



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tak kala kite dipuji sedarlah

bahawa apa yang dipuji orang

bukanlah datang dari kelebihan kite

sebaliknya bersyukurlah kerna ALLAH

telah menutup jutaan keaiban

dan kehinaan kite di hadapan umum



Sebagimana agungnya

Sahabat

Rasulullah


Abu Bakar as-siddiq


Pabila di puji orang beliau berkata


sesungguhnya aku adalah hamba yang sangat hina ,

jika mereka mengetahui keaiban yang ada pada diriku

sudah pasti kaum keluarga a kn membuangku…

sahabat handaiku meminggirkan ku…..

Dan seisi dunia memandang hina kepada ku…

Sekaligus tidak dapat menerimaku

Namun ALLAH masih menerimaku dan

masih mahu menutup keaiban ku dihadapan mereka


begitula hebatnya peribadi golongan yang bersama

Rasullulah

walaupun begitu hebatnya beliau di

mata manusia dan disisi ALLAH

namun , x pernah sedetik pun wujud perasaan riak dan ujub

sebaliknya pujian itu menjadikan beliau lebih terhina

dan menjadikan beliau hamba yang sangat-sangat

bersyukur dgn rahmat ALLAH


mudahan-mudahan perasaan ini boleh disemai pada

hati kita yang hina ini... amin

mengutip sisa kekuatan di sebalik jutaan kehinaan

Salam

Awalnya penubuhan blog ini

Ana mengkhususkan untuk menjadikan wadah

Utk ana berkongsi mengenali pencipta yang AGUNG

sekaligus memperhebatkan kehinaan diri yang hina ini dihadapan

AL-KHALIQ

Yang telah menciptakn ANA dan juga kalian

Walaupun baru sedikit ana mula bertatih mengenali ALLAH

Namun keseronokan menjadi hambaNYA

membuatkan ana terpanggil utk berkongsi bersama teman2…

Bermula dgn sifat ar-RahmanNYA

ana benar-benar berasa terlalu bersyukur

kerana dilahirkan sebagai hambaNYA

Teringat ana pada bait2


bacaan mathurat yang selalu kite lafazkan


Aku telah rela dengan

ALLAH adalah Tuhanku

ISLAM sebagai agamaku

MUHAMAD S.A.W sebagai nabiku


Namun, hati yang hina ini

memang terserlah kehinaannya

Takala membaca artikel2

dan mendapat ilmu2 baru tentang islam

Hati ana melonjak2 utk berkongsinya bersama teman2

Dengan begitu banyak kehinaan yang ada

ana gagahkan diri menvariasikan

Warna penulisan ana

Mungkin agar sukar kerna

syurga itu manis mana mungkin dunia itu juga manis

Lantas bersama jutaan kelemahan

dan kehinaan yang x pernah terhitung

ana Memulakan segalanya

Sungguh ana bukanlah seorang yang petah berdebat

dan menaburkan butir-butir kata

Seringkali terkandas bersama kehinaa diri

Walaubagaimanapun,

mana mungkin ana menjadikan nya sebagai alasan untuk ana

Memekakkan telinga sebagai

seorang islam yang berpangkat da’i

Seringkali pabila lidah habis berbicara

rasa terlalu byk dosa yg ana lakukan

Rasa berdosa dan hina yang sangat menusuk

Setiap kali lidah memainkan peranan

Menyebabkan ana berusaha mencari wadah lain

dalam memberikan perkongsian

Walau ape cara sekalipun akan

ana gagahkan hati utk meneruskan bersama jutaan kehinaan diri

Ana percaya ALLAH pasti bersama ana

dalam mengutip sisa-sisa kekuatan yang ada dlm diri hasil kurniaNYA

lalu terhasillah blog ini

untuk dijadikan pena sebagai mata pedang ana

moga diberikan kekuatan dan

sentiasa dalam bimbingan YANG ESA

Untukmu Kader Dakwah

Untukmu Kader Dakwah

Bagaikan Perempuan Yang Mengerti Islam

Bagaikan Perempuan Yang Mengerti Islam

Konsep Pernikahan Dalam Kitab Kidung Agung

Konsep Pernikahan Dalam Kitab Kidung Agung

Kisah Qarun

Kisah Qarun

Salah Faham Terhadap Islam

C. Al-Qur'an Mendidik Ummah