RSS

Friday, August 14, 2009

PERINDU CINTA ALLAH - RABI'AH AL-ADAWIYAH

www.iluvislam.com
hana kimi
editor: azzahra_solehah




Rabi'ah binti Ismail al-Adawiyah tergolong wanita sufi yang terkenal dalam sejarah Islam. Dia dilahirkan sekitar awal kurun kedua Hijrah berhampiran kota Basrah di Iraq. Dia lahir dalam sebuah keluarga yang miskin dari segi kebendaan namun kaya dengan peribadatan kepada Allah. Ayahnya pula hanya bekerja mengangkut penumpang menyeberangi Sungai Dijlah dengan menggunakan sampan.

Pada akhir kurun pertama Hijrah, keadaan hidup masyarakat Islam dalam pemerintahan Bani Umaiyah yang sebelumnya terkenal dengan ketaqwaan telah mulai berubah. Pergaulan semakin bebas dan orang ramai berlumba-lumba mencari kekayaan. Justeru itu kejahatan dan maksiat tersebar luas. Pekerjaan menyanyi, menari dan berhibur semakin diagung-agungkan. Maka ketajaman iman mulai tumpul dan zaman hidup wara' serta zuhud hampir lenyap sama sekali.

Namun begitu, Allah telah memelihara sebilangan kaum Muslimin agar tidak terjerumus ke dalam fitnah tersebut. Pada masa itulah muncul satu gerakan baru yang dinamakan Tasawuf Islami yang dipimpin oleh Hasan al-Bashri. Pengikutnya terdiri daripada lelaki dan wanita. Mereka menghabiskan masa dan tenaga untuk mendidik jiwa dan rohani mengatasi segala tuntutan hawa nafsu demi mendekatkan diri kepada Allah sebagai hamba yang benar-benar taat.

Bapa Rabi'ah merupakan hamba yang sangat bertaqwa, tersingkir daripada kemewahan dunia dan tidak pernah letih bersyukur kepada Allah. Dia mendidik anak perempuannya menjadi muslimah yang berjiwa bersih. Pendidikan yang diberikannya bersumberkan al-Quran semata-mata. Natijahnya Rabi'ah sendiri begitu gemar membaca dan menghayati isi al-Quran sehigga berjaya menghafal kandungan al-Quran.

Sejak kecil lagi Rabi'ah sememangnya berjiwa halus, mempunyai keyakinan yang tinggi serta keimanan yang mendalam. Menjelang kedewasaannya, kehidupannya menjadi serba sempit. Keadaan itu semakin buruk setelah beliau ditinggalkan ayah dan ibunya. Rabi'ah juga tidak terkecuali daripada ujian yang bertujuan membuktikan keteguhan iman.

Ada riwayat yang mengatakan beliau telah terjebak dalam kancah maksiat. Namun dengan limpah hidayah Allah, dengan asas keimanan yang belum padam di hatinya, dia dipermudahkan oleh Allah untuk kembali bertaubat. Babak-babak taubat inilah yang mungkin dapat menyedar serta mendorong hati kita merasai cara yang sepatutnya seorang hamba brgantung harap kepada belas ihsan Tuhannya.

Marilah kita teliti ucapan Rabi'ah sewaktu kesunyian di ketenangan malam ketika bermunajat kepada Allah:

"Ya Allah, ya Tuhanku. Aku berlindung diri kepada Engkau daripada segala yang ada yang boleh memesongkan diri daripada-Mu, daripada segala pendinding yang boleh mendinding antara aku dengan Engkau! Tuhanku! bintang-bintang telah menjelma indah, mata telah tidur nyenyak, semua pemilik telah menutup pintunya dan inilah dudukku di hadapan-Mu. Tuhanku! Tiada kudengar suara binatang yang mengaum, tiada desiran pohon yang bergeser, tiada desiran air yang mengalir, tiada siulan burung yang menyanyi, tiada nikmatnya teduhan yang melindungi, tiada tiupan angin yang nyaman, tiada dentuman guruh yang menakutkan melainkan aku dapati semua itu menjadi bukti keEsaan-Mu dan menunjukkan tiada sesuatu yang menyamai-Mu. Sekelian manusia telah tidur dan semua orang telah lalai dengan asyik maksyuknya. Yang tinggal hanya Rabi'ah yang banyak kesalahan di hadapan-Mu. Maka moga-moga Engkau berikan suatu pandangan kepadanya yang akan menahannya daripada tidur supaya dia dapat berkhidmat kepada-Mu."

Rabi'ah juga pernah meraung memohon belas ihsan Allah SWT:

"Tuhanku! Engkau akan mendekatkan orang yang dekat di dalam kesunyian kepada keagungan-Mu. Semua ikan di laut bertasbih di dalam lautan yang mendalam dan kerana kebesaran kesucian-Mu, ombak di laut bertepukan. Engkaulah Tuhan yang sujud kepada-Nya malam yang gelap, siang yang terang, falak yang bulat, bulan yang menerangi, bintang yang berkerdipan dan setiap sesuatu di sisi-Mu dengan takdir sebab Engkaulah Tuhan Yang Maha Tinggi lagi Maha Perkasa."

Setiap malam begitulah keadaan Rabi'ah. Apabila fajar menyinsing, Rabi'ah terus juga bermunajat dengan ungkapan seperti:
"Wahai Tuhanku! Malam yang akan pergi dan siang pula akan mengganti. Wahai malangnya diri! Apakah Engkau akan menerima malamku ini supaya aku berasa bahagia ataupun Engkau akan menolaknya maka aku diberikan takziah? Demi kemuliaan-Mu, jadikanlah caraku ini kekal selama Engkau menghidupkan aku dan bantulah aku di atasnya. Demi kemuliaan-Mu, jika Engkau menghalauku daripada pintu-Mu itu, nescaya aku akan tetap tidak bergerak juga dari situ disebabkan hatiku sangat cinta kepada-Mu."

Seperkara menarik tentang diri Rabi'ah ialah dia menolak lamaran untuk berkahwin dengan alasan:

"
Perkahwinan itu memang perlu bagi sesiapa yang mempunyai pilihan. Adapun aku tiada mempunyai pilihan untuk diriku. Aku adalah milik Tuhanku dan di bawah perintah-Nya. Aku tidak mempunyai apa-apa pun."


Rabi'ah seolah-olah tidak mengenali yang lain daripada Allah. Oleh itu dia terus-menerus mencintai Allah semata-mata. Dia tidak mempunyai tujuan lain kecuali untuk mencapai keredaan Allah. Rabi'ah telah mempertalikan akalnya, pemikirannya dan perasaannya hanya kepada akhirat semata-mata. Dia sentiasa meletakkan kain kapannya di hadapannya dan sentiasa membelek-beleknya setiap hari.

Selama 30 tahun dia terus-menerus mengulangi kata-kata ini dalam sembahyangnya:

"Ya Tuhanku!
Tenggelamkanlah aku di dalam kecintaan-Mu supaya tiada suatupun yang dapat memalingkan aku daripada-Mu."

Antara syairnya yang masyhur berbunyi:

"Kekasihku tiada menyamai kekasih lain biar bagaimanapun, Tiada selain Dia di dalam hatiku mempunyai tempat manapun, Kekasihku ghaib daripada penglihatanku dan peribadiku sekalipun, Akan tetapi Dia tidak pernah ghaib di dalam hatiku walau sedetik pun."

Rabi'ah telah membentuk satu cara yang luar biasa di dalam mencintai Allah. Dia menjadikan kecintaan pada Ilahi itu sebagai satu cara untuk membersihkan hati dan jiwa. Dia memulakan fahaman sufinya dengan menanamkan rasa takut kepada kemurkaan Allah seperti yang pernah diluahkannya:

"Wahai Tuhanku! Apakah Engkau akan membakar dengan api hati yang mencintai-Mu dan lisan yang menyebut-Mu dan hamba yang takut kepada-Mu?"

Kecintaan Rabi'ah kepada Allah berjaya melewati pengharapan untuk beroleh syurga Allah semata-mata.

"Jika aku menyembah-Mu kerana takut daripada api neraka-Mu maka bakarlah aku di dalamnya! Dan jika aku menyembah-Mu kerana tamak kepada syurga-Mu maka haramkanlah aku daripadanya! Tetapi jika aku menyembah-Mu kerana kecintaanku kepada-Mu maka berikanlah aku balasan yang besar, berilah aku melihat wajah-Mu yang Maha Besar dan Maha Mulia itu."

Begitulah keadaan kehidupan Rabi'ah yang ditakdirkan Allah untuk diuji dengan keimanan serta kecintaan kepada-Nya. Rabi'ah meninggal dunia pada 135 Hijrah iaitu ketika usianya menjangkau 80 tahun. Moga-moga Allah meredainya, amin!

Sekarang mari kita tinjau diri sendiri pula. Adakah kita menyedari satu hakikat yang disebut oleh Allah di dalam
Surah Ali Imran, ayat 142 yang bermaksud:

"Apakah kamu mengira bahawa kamu akan masuk syurga padahal belum nyata bagi Allah orang yang berjihad di antaramu dan belum nyata orang yang sabar."

Bagaimana perasaan kita apabila insan yang kita kasihi menyinggung perasaan kita? Adakah kita terus berkecil hati dan meletakkan kesalahan kepada insan berkenaan? Tidak terlintaskah untuk merasakan di dalam hati seumpama ini:

"Ya Allah!
Ampunilah aku.
Sesungguhnya hanya Engkau yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Hanya kasih-Mu yang abadi dan hanya hidup di sisi-Mu sahaja yang berkekalan. Selamatkanlah aku daripada tipu daya yang mengasyikkan."

Sesungguhnya apa juga lintasan hati dan luahan rasa yang tercetus daripada kita bergantung kepada cara hati kita berhubung dengan Allah. Semakin kita kenali keluhuran cinta kepada Allah, maka bertambah erat pergantungan hati kita kepada Allah serta melahirkan keyakinan cinta dan kasih yang sentiasa subur.

Lanjutan itu jiwa kita tidak mudah berasa kecewa dengan gelagat sesama insan yang pelbagai ragam. Keadaan begini sebenarnya terlebih dahulu perlu dipupuk dengan melihat serta merenungi alam yang terbentang luas ini sebagai anugerah besar daripada Allah untuk maslahat kehidupan manusia. Kemudian cubalah hitung betapa banyaknya nikmat Allah kepada kita. Dengan itu kita akan sedar bahawa kita sebenarnya hanya bergantung kepada Allah.

Bermula dari sini kita akan mampu membina perasaan cinta terhadap Allah yang kemudian mesti diperkukuhkan dengan mencintai titah perintah Allah. Mudah-mudahan nanti kita juga akan menjadi perindu cinta Allah yang kekal abadi.

Wednesday, August 5, 2009

rahmat pengampunan disebalik dosa


Kenapa kite sering melakukan dosa????

betapa hina nya kite sebagai hambaNYA

setiap saat melakukan dosa dan sometimes kite tak perasan pon kite melakukan dosa...

hinakan?

sudah lah buat dosa tp xsedar pun akan yg dosa yang telah kite lakukan...

kadang-kadang rasa selesa dan bahagia dengan dosa yang dilakukan

ampuni kami ya ALLAH...

daripada dosa-dosa yang tersembunyi, dan terzahir

dosa-dosa yang telah lalu dan akan datang...

especially dosa2 melalui lintasan hati hamba yg hina..

RIAK ,TAKBUR, UJUB

niat yg sering tersasar dlm PERJUANGAN HIDUP

dalam mengejar RAHMAT ILLAHI...

MASYAALLAH byknye dosa sbgai hambaNYA

“apabila kamu terlanjur melakukan dosa , maka janganlah kamu jadikan ia sebagai sebab kamu patah hati daripada beristiqamah bersama tuhanmu, kerana kadangkala ia merupakan dosa terakhir yang ditakdirkan ke atas kamu”

NAMUN PENGAMPUNAN ALLAH MENGATASI SEGALANYA...

firman ALLAH dalam Surah az-zumar :53

“ katakanlah (wahai MUHAMMAD) :

“ wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri ( dengan perbuatan-perbuatan maksiat)! Janganlah kamu berputus asa dari rahmat ALLAH , kerana sesungguhnya ALLAH mengampunkan segala dosa. Sesungguhnya DIALAH MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA MENGASIHANI

hakikat kehidupan seorng hamba...

memang ALLAH menjadikan setiap manusia di muka bumi sering melakukan kesilapan...

ini terbukti melalui sabda RASULULLAH

Demi diriku yang berada dalam kekuasaan Nya! Sekiranya kalian tidak melakukan dosa, nescaya ALLAH menghapuskan kalian dan mendatangkan suatu kaum yang melakukan dosa kemudian mereka memohon keampunan kepada ALLAH maka mereka diampunkan ‘’

no body is perfect

only RASULLULAH IS D BEST

kenapa ALLAH menjadikan setiap hambaNYA sering melakukan dosa???

kerana ALLAH sgt menyayangi kite sebagai hambaNYA....

sabda RASULLULAH

“ Sesungguhnya ALLAH mengasihi setiap orang yang terfitnah (banyak dosa) yang bertaubat (banyak bertaubat) ”

bayangkan bagaimana hidup kite tanpa dosa

mungkin kite akan lalai dari mengingati ALLAH...

bertepatan dengan HADIS RASULULLLAH

“ Sekiranya tidak kerana dosa itu lebih baik bagi orang mukmin daripada sifat ‘ujub, sudah pasti ALLAH tidak akan membiarkan di antara orang mukmin dan dosa bersatu selama-lamanya “


tanpa dosa

kite akan merasakan kte adalah yg terbaik

justeru itu..

lantaran KASIH SAYANG ALLAH pd kite

ALLAH memberi kte rasa berdosa dgn kesilapan yang kite lakukan

ALLAH amat merindukan tangisan keinsafan , rayuan keampunan dan kebergantungan kte padaNYA... dan semua ini takkan berlaku jika adalah seorg yg PERFECT!

kehinaan dan kebergantungan pada ALLAH yg sering menjadikan kte sentiasa berusaha meminta keampunanNYA

Sesungguhnya ALLAH mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri ”

Surah albaqarah:222

subhanALLAH

begitu hebat perancangan ALLAH utk kite YG hina ini...

NAMUN JANGANLAH DIJADIKAN ia sebagai alasan utk kite berbuat dosa...

hanya kerna mahu bertaubat

SYUKURILAH RAHMATNYA ITU...

“DAN sesiapa yang berputus asa dengan rahmat Tuhannya melainkan orang-orang yang sesat”

Surah alhijr “56

kerna hanya dia yang tahu ape yg terbaik wat hambaNYA

Friday, July 31, 2009

operation theater


SALAM..
Setelah ana mengutip sisa kehinaan seorg hamba
Akhirnya ANA kembali utk trus berkongsi
Syukran ats nasihat yg dikongsi hamba yg ana temui sepanjang permusafiran

http://ms.langitilahi.com/malulah-kau-dengan-nuh/


ada satu kisah yang ana ingin kongsi bersama



Pada suatu ketika , seorang hamba ALLAH yang hebat lagaknya sedang mememandu menyusur jalan raya dipesisiran dunia
nak dijadikan cerita, berlakulah pergeseran antara kereta hamba ALLAH ini dengan seorang insan lain tanpa disedari
dek kerna hasutan syaitan dan nafsu amaran yang meningkat meternya
hamba ALLAH ini berasa sangat tercabar dan benggang kerna KERETA insan itu telah bergesel dgn keretanya
sebenarnya tiada apa yang berlaku pada keretanya yang hidup segan mati tak mau itu
tp kerna syaitan yang mulai meraja dalam diri hamba ini
lalu ape lagi, dia terus melempiaskan kemarahan nya kepad insan yang kebingungan ini
tanpa rasa segan silu dia terus memaki dan memarahi orang itu tanpa memikirkan salah siapakah pergeseran itu berlaku
insan yang kebinggung dan terus dengan kebingugannya lalu membiarkan hamba ALLAH ini memperlakukan dirinya seadanya
hinggalah setelah merah muka insan ini di tampar
akhirnya hamba ALLAH ini puas
lalu meneruskan baki permusafiran nya dipersisiran dunia
tiba-tiba...

bang>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

kereta hamba ALLAH ini terlibat dengan kemalangan
tanpa membuang masa lagi hamba ALLAH ini dihantar ke hospital
dan perlu dibedah
sesampai saja di operation theater alangkah terkejut nya dia
kerna
rupanya insan yang dimaki hamun itu tadi adalah DR yang akan merawatnya dan membedahnya di operation theater
Alangkah terkejutnya dia...
Betapa menyesalnya hatinya kerna tingkahnya yang telah lalu
Kini nyawanya adalah diatas ehsan DR itu merangkap insan yang telah dimaki dan ditampar itu..
jika insan itu mahu pasti aje dia boleh membunuh hamba itu
dimana die mahu lari tika itu....seluruh badan telahlah tertunduk layu menyembah bumi
takala itu barulah terbit penyesalan di hati hamba ALLAH ini

Begitulah kite di ibarat sebagai hamba ALLAH itu
Dan operation theater umpama hari perhitungan kite kelak
Dan insan yang kite marahi dan biadap terhadapnya adalah
ALLAH yang menciptakan kite dari tiada kepada ada


Amatlah tidak setara untuk membandingkan keagungan ALLAH dengan kehinaan seorang hamba yang hina melalui perumpamaaan kisah ini
Namun bolehlah kite menjadikan ia sebagai pencetus idea untuk perhambaan kite
Dek keterbatasan pemikiran seorang hamba ....
YANG TERLALU TERHAD UNTUK MELIHAT KEHEBATAN DAN KEAGUNGAN ALLAH


YA ALLAH


Betapa hina dan lemah nya kami



HambaMU yang penuh kedaifan, kehinaan, dan kefaqiran
hamba ALLAH YaNG terlalu kerdil
kite adalah HAQ ALLAH...

SERING kali kite lalai MENGGUNAKAN RAHMATNYA
Mempergunakan rahmat kasih sayangNYA pada kite untuk
menderhakaiNYA dan membantah suruhanNYA mengunakan akal yang telah ALLAH kurniakan

SURAH YASSIN ayat 77

Tidakkah manusia memerhatikan bahwa kami telah menciptakan nya dari setitis air benih (mani), maka tiba-tiba ia menjadi pembantah yang nyata!


begitulah jijik dan dan hina nya kite
sering kali mempersoalkan suruhan ALLAH

kenape tak boleh couple?kenapa kena pakai tudung?kenapa xboleh bergaul bebas?
kami nak bina self-confident yang moden dan pandai bergaul... salah ke?

Jawapan nya ada pada kehambaan kite sendiri...fikirkanlah

Walau pun begitu......
ALLAH tetap terus-berterusan memberi rahmatnya kepada kite
Namun.....

SURAH ALFATIHAH ayat 4

Engkaulah pemilik hari pembalasan



Takala tiba hari pertemuan itu tiba barulah kite sedar bahawa kite adalah milik ALLAH

DAN ALLLAH
BERHAK MELAKUKAN APA SAJAPADA DIRI KITA ATAS KEHINAAN KITA SEPANJANG PERMUSAFIRAN KITE DI DUNIA INI


Namun tika itu tiada penyesalan yang bermakna...
Segalanya tinggal anggan-anggan dan mimpi
Justeru itu untuk menjadikan anggan –anggan bertemu ALLAH dgn cara terbaik
Nah sekaranglah masanya utuk kite mempersembahkan yang terbaik untuk ALLAH
Sebelum segalanya terlambat...
MOGA persembahan hamba ALLAH yang hina ini ada nilainya di sisi yangESA
InsyaALLAH amin...

Monday, July 27, 2009

HATI YANG PARAH




Bila ingin mengubati hatimu dari keburukan dan kelalaian,
jauhilah sesuatu yang syubhah,
keluarlah menuju ke padang taubat,
pakailah baju penyesalan,
angkatlah panji kehinaan,
tinggalkan tempat tidur,




ubahlah kedudukanmu dari jauh kepada ALLAH dengan mendekatiNya
dan dari permainan kepada kesungguhan ,
berilah makan fakir miskin,
biasakan hatimu untuk mengasihi dan mencinta,
memperbanyakkan menangis,
dan teruslah berdoa kerana mengharap dan cemas,
dengan begitu mudah-mudahan hatimu yang parah kembali terubat.
insyaALLAH...
amin...

NISA' vs al-rijjal


Kalungan buatmu hamba ALLAH yg terpilih

ADAM atau HAWA asalmu....
kite tetap berpegang teguh pada tali ALLAH yang kukuh...




tiada paksaan dalam memasuki agama(ISLAM)
sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepad thaghut dan beriman pada ALLAH ,
maka sesungguhnya dia telah memegang tali yang amat kuat yang tidak akn putus.
Dan ALLAH MAHA MENDENGAR LAGI MAHA MENGETAHUI



Di dalam Surah An-Nur, ayat 30, Allah SWT berfirman:

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka. Yang demikian itu lebih suci bagi mereka; sesungguhnya Allah Amat Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang mereka kerjakan.”

Ayat selepas itu, ayat 31, Allah SWT berfirman pula kepada perempuan perkara yang sama:

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka…”

“Katakanlah (wahai Muhammad) kepada orang-orang lelaki yang beriman supaya mereka menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram)…”


Allah SWT telah berfirman:
An-Nisa’ ayat 34.

“Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan,” Surah



Rasulullah SAW bersabda,

“Tidaklah aku tinggalkan setelahku fitnah yang lebih berbahaya bagi laki-laki daripada fitnahnya wanita.”

(HR. Al-Bukhari no. 5096 dan Muslim no. 6880)


Surah An-Nur ayat 2.

“ Penzina perempuan dan penzina lelaki, sebatlah kedua mereka dengan seratus sebatan, dan janganlah rasa belas kasihan kammu terhadap mereka bedua mencegah kamu untuk(menjalankan) agama(hukum) ALLAH, jika kamu beriman kepada ALLAH dan hari kemudian. Dan hendaklah(perlaksanaan) hukuman mereka disaksikan oleh sebahagian orang-orang yang beriman”


Islam amat menjaga perempuan, dan menyuruh perempuan agar menjaga diri dengan menutup aurat dan membataskan pergaulan.


Surah An-Nur ayat 31.

  1. “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya
  2. menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram),
  3. dan memelihara kehormatan mereka;
  4. dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya;
  5. dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan kain kepala mereka;
  6. dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan;
  7. dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka;

dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.”


Surah Al-Ahzab: 33

“Janganlah kalian (wahai istri-istri Nabi) bertabarruj sebagaimana tabarruj orang-orang jahiliah yang awal.”







pada kesempatan ini tak banyak yang dpt ana kupaskan ...
lantaran dosa seorang hamba yg semakin menggunung
ALLAH menganugerahkan rasa 'SAKIT' jasmani
yang merayap di setiap helaan nafas dan peredaran darah hamba...
pastinya lantaran penghapus dosa dan kifarah seorang hamba yang semakin parah jiwaNYA
dek pautan dunia yang mempersona
walaubagaimana pun sakit JASMANI YANG DIDERITAI
tidaklah sehebat sakit rohani yang yang terpaksa ana tanggung
dek dosa dan hati yang jauh dariNYA
INSYAALLAH....
takala jasmani mengizinkan dan rahmat ALLAH mengiringgi
akan ana perkemaskan entri kali ini...
insyaALLAH

Thursday, July 16, 2009

INFAQ vs JPA.... rahmat atau ujian


INFAQ
Nabi saw bersabda:
لكل أمة فتنة وفتنة أمتي المال

“Setiap ummatku mempunyai fitnah yang boleh merosakkan mereka. Fitnah umatku adalah harta.”
(Hr Tirmizi)

Sesungguhnya harta yang kite punyai adalah harta yang kite belanjakan

KERANA ALLAH …
ATAS JALAN ALLAH

Bukan harta yang berada di dalam simpanan kite

Ana teringat pada satu cerita mungkin juga perumpamaan
Apalah gunalah sekeping kertas jika ia tidak digunakan
Dan hanya disimpan walhal sekeping kertas itu mungkin boleh memberi jutaan makna bilamana kite menggunakannya untuk menulis sesuatu yang bermanfaat untuk kite dan mungkin untuk orang lain
Ibaratkanlah kertas itu umpama wang kite


Alhamdulillah…
jihad Fisabillillah itu sentiasa dipermudahkan
Dalam menunutut ilmu bukan ilmu sahaja yang ALLAH kurniakan
MALAHAN rezeki dalam bentuk kewangan juga
Syukur xterhingga atas begitu byk rezeki yang ALLAH kurniakan pada kite
Namun pernahkah kite terfikir bahawa rezeki dan kurnia ALLAH adalah satu amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas hambanya


" Baginya apa yang telah diusahakannya dan bagimu apa yang sudah kamu usahakan, dan kamu tidak akan diminta pertanggungan jawab tentang apa yang telah mereka kerjakan."
[Al-Baqarah: 134 ]

Misalnya
Wang biasiswa JPA yang kite perolehi bukanlah wang semata2
Ia adalah amanah yang paling besar utk kite laksanakan

AMANAH ALLAH_AMANAH RAKYAT MALAYSIA_AMANAH NEGARA

Yang kite harus kita pikul
dengan amanah dan tanggungjawab seorang hamba

infaqkanlah

sedikit wang amanah itu kepada yg memerlukan
walaupun hanya 1% sumbangan kite dari wang JPA itu

"Perumpamaan mereka yang mendermakan harta benda ke jalan Allah, ibarat menaman sebiji benih yang akan menumbuhkan 7 pokok..dan tiap-tiap pokok itu membuahkan seratus biji. Dan Allah selalu melipatgandakan kepada sesiapa sahaja yang dikehendakinya, dan Allah Maha Berkuasa (anugerahnya) lagi Maha Mengetahui"


insyALLAH ia akan lebih diberkati
niatkanlah infaq kite ini mewakili semua wang rakyat Malaysia keseluruhannya
moga seluruh rakyat Malaysia mendapat saham dari infaq kite yang x seberapa ini
moga sedikit amalan dan sedekah kite diterima di sisi ALLAH

''Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas."
[Al-Baqarah:212]

Di sini ana sertakan beberapa no ac bank yg membuntukan sumbangan kite

AMAN PALESTIN Bank islam 12029010047880

PUSAT MAAHAD TAHFIZ

http://www.akademitahfiz.com
Bank: CIMB
Nama: Akademi Tahfiz Al Hira (Biss. Reg. No.: SA 0109828-K)
Akaun No.: 12320000060108
atau
Bank: MAYBANK
Nama: Ahmad Saipuddin Bin Saat
Akaun No.: 162106017591

Actually what I want to say is INFAQ ur property in name of ALLAH
JPA….Masih banyak yang perlu kite fikirkan

Monday, July 13, 2009

VIRUS DALAM MENUNTUT ILMU


NIAT YANG ROSAK

IMAM MALIK BIN DINAR RAHIMAHULLAH

Mengatakan

Barangsiapa mencari ilmu bukan kerana ALLAH TA’ALA

maka ilmu itu akan menolaknya hingga ia dicari hanya kerana

ALLAH

INGIN TERKENAL

Barangsiapa yang menyiarkan amalnya, maka ALLAH akan menyiarkan aibnya.

Dan barangsiapa yang beramal kerana riya’ maka ALLAH akan membuka niatnya di hadapan manusia pada hari kiamat.

HADIS SAHIH_riwayat Bukhari


BERALASAN DENGAN KESIBUKAN

Alasan yang sering digunakan SYAITAN laknatullah.

sebagai penghalang dalam menunutut ilmu kerana ALLAH

cuba kite renung sejenak ALLAH telah menganugerahkan kite 24jam,

dengan penuh hikmah.

8jam berkerja +8jam istirehat+8jam lagi???

kehinaan seorang hamba sering menyebabkan kite lalai dalam menguruskan masa.

aNa pernah mendengar kate2 ustaz ZAHZAN

seorang khalifah…HARUN AR-RASYID (klu xsilap)

yang terkenal tika zaman kegemilangan islam dulu,

dalam kesibukan beliau menguruskan Negara

beliau tidak pernah kurang menunaikan solat sunat daripada 200 rakaat

SUBHANALLAH e2lah indahnya bila jiwa hamba sudah menetap di hati kite

Dalam kesibukan duniawi masih ade mase utk mengumpul masa utk cinta YANG agung

Klu nak di bandingkan denag kesibukan kite sebagai pelajar…

Apelah sangat????

ALWAKTU KES SAIF

Waktu itu ibarat pedang jika kite tidak menggunakannya ia akan memakan kite sendiri


BOSAN DALAM MENUNTUT ILMU

Halangan yang paling hina bila kebosanan melanda bersama hilangnya focus akibat dugaan duniawi yang menjengah ke lubuk hati hamba. Bosan adalah penyakit yang harus dilawan menggunakan antibody dari jiwa hamba sendiri. Bukan secara iv, im, atau oral..ALLAH telah mengurniakan anti bodi ini dalam jiwa kite namun,ia perlu sdisertakan dengan azazm dan doa pada yang ESA.

NIKMATILAH ILMU ALLAH YANG TERLALU LUAS KERNA DI SITU AKAN TERBIT CINTA PADANYA